Suamiku…
Location: Dapur.
Scene : Si suami tengah main komputer, tengok Top Gear. Si isteri tengah nak buat susu untuk anak yang takde kerja lain asyik makan dan minum. Tiba-tiba, si isteri ternampak beberapa dozen semut merah/gatal sedang ambik angin/cari rezeki berderet-deret kat atas kaunter dapur.
Isteri: Eh,Yang. Rumah kita ada semut la.
Suami datang menghampiri dan memeriksa keadaan bagi memastikan si isteri tidak menipu semata-mata mahu dia ke dapur (???)
Suami: A’ah la ada semut. Hmmm…biarlah, diorang pun nak makan jugak.
Isteri: Kang ada yang kena gigit tak pasal2 ni kang. Ni semut yang gigit orang ni. Kang Adam kena gigit. We should do something about it. (dengan harapan si suami tolong spray semut tu dgn ridsect ke hapa)
Suami: Ish, ya tak ya jugak. Nampaknya kita start bela tenuk nih.
Kemudian si suami sambung tengok Top Gear.
Aku rasa aku ni ada potensi nak kena darah tinggi. Ntahlah.
BuSy HuBBy mAkeS Me cHuBBY
Malam ni Nazri on call. Tadi call dia, tapi dia kata "banyak kerja, babai" and terus letak telepon. Uhuk! Aku pun dengan sedihnya buka tin coklat and apalagi makan ler…Sejak elaun oncall ni naik makin bersemangat pulak dia kerja. Dulu rajin jugak, tapi sekarang nampak dia ada motivasi sikit kalau kena oncall. Dulu terasa macam cheap labour secheap-cheap nya (5pm-8am next day =RM20 ke RM25 aje dapat for THE WHOLE PERIOD,bukan per hour ok?) Nurse pun dapat lagi banyak, dahlah nurses tu kerja ikut syif, bukan straight 36 hours macam doktor! (tu pun ada nurse yang tak puas hati kalau elaun doktor naik, dengki. Kalau nak naik elaun belajar lah jadi doktor instead of a nurse, itu pun takleh pikir ke?) Bukan nak berkira, tapi kerja dia memang memenatkan. Dahlah weekend pun kena kerja. Mak dia pernah sound sebab dia tak balik nogori masa weekends. Dia cakap macam mana dia nak balik weekend sebab weekend pun dia kerja! Aku ni bini dia sendiri pun susah nak jumpa dia, apatah lagi nak drive balik kampung dia…hmm…
Dulu masa awal2 dia kerja kat UH, aku dok rumah sorang2. Nasib baik adik aku mekti selalu datang sebab aku dah sarat nak deliver baby anytime je masa tuh. Kalau aku terberanak sorang2 kat rumah, tak tahu la nak buat apa… Padahal suami doktor, tapi doktor kerajaan ni lagi sibuk kat hospital and merawat orang lain, bini sendiri pun orang lain yang kena jaga. Sekarang dia bengang sebab kat wad dia yang bangunan yang baru ni ramai pesakit ‘terasa’ yang diorang ni kat hospital private. Bukannya apa, tapi sebab bangunan tu baru and chantek berbanding wad lama (contohnya wad tempat aku bersalin dulu). Masalahnya, patients tu demand macam diorang ni kat hospital private la pulak! Nazri kata tak pasal2 dia kena dengar pesakit tu membebel kat dia sebab orang yang jaga farmasi tu salah tunjuk tempat nak ambik ubat. Aku cakap,kalau aku jadi patient pun aku marah sebab yelah,dahla kita sakit, sekali orang suruh kita pergi ke hulu ke hilir tak pasal2. Nazri kata dia tak kisah orang tu nak membebel, tapi Nazri kata itu bukan salah dia (Nazri), and dia TAKDE MASA NAK DENGAR. Pokoknya, doktor2 ni banyak kerja lain nak buat and negara kita memang tak cukup doktor. Doktor2 ni tension sebab tak cukup tangan. Aku ni yang jadi bini dia pun kena baaaaaanyak bersabar…. Kalau tengah couple lagi, mahu gaduh macam ni sebab jarang dapat jumpa.
Tapi kerja kat UH ni kira ok lagi. Kalau kat HKB dulu, memang aku jamin Adam tak kenal sapa ayah dia. Oncall selang sehari. Bila balik rumah aje tidur. Kalau bangun pun kejap je nak solat and makan, pastu sambung tido. No TV. No chatting (borak2, bukan chat kat internet). Aku baru cakap "Yang…", pastu aku pusing sebelah tengok dia dah berdengkur..zZzZz… Nasib baik dah lama kawin, kalau baru2 kawin mahu gaduh kalau tiap2 hari macam tu. Macam Lenny tu, nasib baik dia dapat family in-laws yang giler understanding and tak judgemental. Kalau tidak, susah nak jadi a doctor/wife/mother/daughter in-law all at the same time. To all my friends yang tgh study meds/baru grad tapi belum kerja - enjoy this moment while you’re still not working!!! Bila dah kerja nanti baru tahu kepenatannya. Make sure your spouse faham. Kalau tak, boleh sakit jiwa tau. Nak marah pun tak boleh, bukan salah dia. Dua-dua tak salah, tapi dua-dua kena sabar. Sapa yang terpikir nak cari doktor as pasangan, hahaha! Good luck! Don’t say that I didn’t warn you!
Lagi satu yang aku sangat musykil sekarang is KENAPA RAMAI ORANG SENANG-SENANG AJE TARUK TITLE "DR." or "PROFESSOR" kat depan nama dia? Especially golongan yang belajar ilmu ‘perubatan tradisional’ … etc??? Kat mana diorang belajar ni???!!! Bukannya apa, ada orang yang aku kenal, bekas inspektor polis. Nothing special. Pastu dia resign and bukak kedai dobi, pastu kedai dobi tu tutup. Pastu gi belajar kat Indonesia rasanya for a few years (maybe 3 years,kejap aje). Tup tup balik dia letak depan nama dia "PROF. DR. …" Logik tak? Universiti mana nak bagi title doktor (dia tu degree bachelor pun tarak!) and "professsor" (after 3 years? I’ve never heard THAT one before!) Kalau ada pun, aku tak rasa kerajaan Malaysia iktiraf ‘universitas’ macam tuh!!!!!!!!!!!! Usahkan kerajaan Malaysia, aku rasa Sekolah Henry Gurney pun tak approve the so-called ‘universiti’ diorang tuh!!! Newspaper Harian Metro ada bangkitkan isu ni, tapi takde follow-up or conclusion pun. Sepatutnya ada jabatan/website yang kita boleh monitor orang2 macam ni, boleh check/periksa. Sebab itulah orang boleh senang2 pakai title "DATUK", sebab masalah macam ni ler.
"DR."/"PROFESSOR"/"DATUK" KEPALA HOTAK DIA!!!
Sorrylah ter’emo’ sikit. Hilang sifat-sifat ‘keibuan’ aku kejap. Bukan apa, aku tak tahan betul dgn orang otak penipu macam nih! Nak meniaga, nak cepat untung tapi menipu orang. Dahlah kaitkan perniagaan tu dengan agama Islam!!! Pakai serban la, kopiah la, tapi menipu. Dah berapa ramai orang kena tipu just because diorang percayakan title doktor/prof./datuk and kopiah diorang tuh. Yang nampak buruk, agama kita jugak. Memangla sekarang diorang boleh buat rumah besar and beli kereta besar, tapi halal ke duit tuh?? Biarlah. Antara dia dengan Allah la tuh. Tapi aku bengang giler.
Biarlah doktor yang menginap kat rumah aku ni tak kaya, sekurang2nya dia betul la doktor tak tipu, and rezeki dia halal, insya-Allah.
Takut (bukan malu) bertanya sesat jalan…
Bulan ni macam2 berlaku. Birthday Adam - dapat jumpa member2 tapi tak dapat nak duduk borak lama2… Yang horror bulan ni adalah komputer kena serang virus. Rasanya virus trojan. Kalau aku dapat orang yang buat virus ni aku trojan-trojankan dia! Habis chapter 2 and chapter 4 aku + recents files and internet punya bookmark! Tak pasal-pasal kena buat balik,dahla aku ni lembab buat assignment/tesis dan sebagainya. Bookmark tu semua hilang, yelah mana terpikir benda tu akan hilang. Taktau la akan dapat/ingat balik tak website2 dulu tu. Komputer terus kong,takleh nak start. Aku dah save files dalam CD, tapi ntah macam mana folders (the most important materials) tak masuk. Nasib baik first chapter and files yang lama ada save dalam disket before presentation dulu.
Tengah2 tension tu, balik KB sebab Nazri dapat cuti panjang (cuti habis posting). Lepas ni kang dah takde cuti till raya. Dekat2 nak raya nanti tu dia kena masuk posting baru, macam mana nak mintak cuti raya? Macam takleh cuti aje… kalau dia takleh cuti, aku balik KB dgn maid and Adam bertiga ajela. Tahun ni plannya nak raya first day kat Tampin, then second day raya KB (naik plane). Tapi kalau Nazri tak balik, takkan aku nak balik sorang2 kampung dia? Dahla kena drive. Tak berani ler. Pastu kang nanti sunyi sebab Nazri takde…masa hari raya…pastu teringat kat famili aku…pastu nangis sorang2…pastu tarik muka depan mertua…bla-bla-bla. Jadi untuk mengelakkan semua ini terjadi, aku rasa baik aku terus balik raya ke KB. Lagipun abang Nazri and wife dia gerenti raya kat Tampin sebab the wifey orang Bangi, so takde masalah nak balik raya sebab dekat. Takkan diorang tak balik langsung, kan? Ni first time diorang beraya as husband and wife. Lainlah aku ni,dahla kampung jauh…dah basi pulak tu. Jalan balik ke KB pulak jem luar biasa masa time balik raya. Jalan ulu gila tempat jin bertendang pada waktu biasa pun boleh jem time tu. Sorryla aku nak naik kereta, dah serik, sampaikan kena ambik MC the day after trip sebab habis satu badan sakit2.
Aku suka balik KB. Ntahla kenapa. Sebab KB rumah aku kot. Tapi ada member2 aku yang tak berasal dari sana pun suka gi situ. Mostly sebab nak shopping la… Tapi aku suka KB sebab makanan kat sana murah, orang kat sana walaupun ada yang susah tapi peramah. Sebab tu orang susah boleh survive kat KB sebab barang asas iaitu makanan, is cheap. Kat sana, RM1 boleh dapat 5 keping kuih, sini kat cafe dapat 3 keping, kat nyonya stall dapat SEKEPING! Gila. Sana goreng cempedak aku beli RM2 dapat penuh satu plastik,dahla sedap. Kat sini RM2 dapat 5 keping, tu pun penjual dia kira balik tu takut terlebih. Dahlah tak sedap! Aku makan sekeping aje pastu rasa menyesal lak beli. Kalau sedekah pun takde orang nak ambik. Sana sayur sumer organik, tapi harga dia lagi murah daripada sayur tak organik kat Tesco. Ada pakcik tu jual seplastik besar timun (cucumber) - plastik dia kecik sikit aje daripada guni beras - RM3!! Patutla dia tak kaya-kaya…kesian dia. Tapi competition and harga sana memang macam tu. Tapi memandangkan dia jual sayur murah, maknanya orang yang menghasilkan makanan daripada sayur itu juga murah, dgn kata lain nasi kerabu tu murahla sikit sebab ongkos peniaga tu rendah.
Pakcik tu memang baik. Tapi yang aku selalu bengang dengan orang negeri aku sendiri ialah budak2 muda yang malas belajar, pastu jadi cashier atau jadi kuli kat kedai fotostat/kedai cuci gambar etc, tapi berlagak nak mampus! Dahlah bodoh sombong, biadab pulak tuh. Patutlah sampai mati jadi kuli. Customer relations memang hampeh, kalau kita komplen kita lak yang kena tengking, padahal bukan kedai dia mahupun kedai bapak dia, tokey dia cina. Pastu ramai lak yang tak tahu nak beratur masa bayar kat kedai and kalau orang tegur, orang tu yang kena marah pulak. Bab tak reti nak beratur ni bukan orang Kelantan aje tapi orang MALAYSIA. Lagi satu yang aku bengang, kat Kelantan ni ada ramai (bukan semua) MCP (male chauvinist pig). Bawak kereta macam jalan atuk dia, contohnya:
- bawak slow tapi dok kat lane kanan
- bawak laju tapi tak reti nak potong sampaikan tergesel kereta yang dipotong
- keluar simpang tak tengok kanan
- keluar simpang pastu kereta terjulur kat TENGAH2 jalan. Bila kereta yang nyaris nak terlanggar dia (maklumlah, kereta dia terjulur melintang kat tengah2 jalan besar)) tu hon, jantan celaka tu bukak pintu kereta and marah2 orang lain,padahal dia yang salah
- kalau dia berhenti kat tepi jalan sambil tunggu ada orang keluar parking, and ada orang tepi kiri+belakang dia nak kuar dari parking, pastu dia tgk driver keta belakang dia yang tgh tunggu parking tu perempuan, dia boleh keluar dari kereta dia and suruh orang yang tgh nak masuk parking kereta yang baru keluar tu undur sebab DIA nak masuk situ
- kalau accident, dia keluar dari kereta and mintak lesen memandu orang yang DIA langgar (padahal salah dia)
- orang depan dia dah bagi signal nak masuk simpang kiri, tapi dia gi langgar gak kereta tuh, pastu dia turun kereta mencarut2 dan menyumpah2, padahal dia yang salah.
Jantan-jantan dayus yang macam ni, berani buat hal sebab dia tengok pihak yang lagi satu tu PEREMPUAN. Lelaki macam ni yang jenis menganiaya isteri dan dia berani buat dajal kat perempuan lain sebab dia ingat perempuan lain lembik+ikut cakap dia, macam bini dia kot. Orang macam ni, boleh pergi mampuss. Aku tak tahu kat mana silapnya - mak dia pun jenis yang ikut cakap dia ke? Bini dia jenis yang sembah dia ke? Bapak dia jenis yang pukul bini ke? Tapi yang pasti, isteri orang yang macam ni memang jenis takut kat laki+ jadi pak turut laki dia and tak dapat respek dari laki dia. Yang dah lepas kena pukul pun merangkak balik kat suami dia. Lelaki macam ni buat bini macam kuli batuk dia. Jenis yang anggap kaum perempuan ni layak dok kat dapur aje and jilat buntut dia. Aku gerammmm tak terkata dengan jantan macam ni. Cuba bayangkan?? Takleh nak berdiplomasi dgn orang macam ni. Kalau kita repot polis pun nanti dia datang cari kita dgn geng2 dia. Macam mana bini dia sendiri nak lari?
Tapi ramai jugak lelaki Kelantan yang pandai ‘berdiplomasi’. Kalau tak takkan pengawal keselamatan kat mahkamah KB tu boleh kawin sampai 3? Lab assistant USM kahwin dgn doktor? Yang miracle nya, kebanyakan isteri2 tu tak gaduh sesama sendiri, malah yang dok serumah pun ada. Ntah apa ubat guna2 yang dia pakai… tapi diorang ni kebanyakannya tak termasuk dalam golongan MCP.
Ada lagi satu persepsi pasal lelaki Kelantan ni. Ada orang kata diorang ni susah nak tolong isteri, especially tolong masak
ke, basuh pinggan ke, tukar lampin anak ke,kemas rumah ke etc, tak macam lelaki ‘luar’. Ada la beberapa bukti. Tapi tak semua pemalas…walaupun kebanyakannya memang malas. Contohnya abang ipar aku, orang Paloh, rajin apa…Nazri memang la rajin tapi dia buke oghe Kelate so dio tak termasuk. Cuma satu aje Nazri kureng - basuh berak and tukar lampin Adam. Yang ini kalau dia buat memang aku kena ambik gambar and letak dalam fotopages.
Aku dulu pun plan nak kawin dengan orang Kelantan. Bukan apa, kalau nak balik raya tak payah gaduh nak balik kampung sapa, itu aje. Tapi, jodoh dengan orang ‘nogori’…I wouldn’t trade him for anything else in the world ;-p
OK enough blabbering. Sakit gigi datang kembali, tapi nak gi jumpa dentist jauh sekali. Phobia.
Things That I Didn’t Know…
Things That I Didn’t Know Before I Became A Wife and Mother…
- I will never get enough sleep.
- I can’t watch TV as a pastime anymore (what pastime?)
- It hurts so much when my husband ignores me compared to when he was my boyfriend (at that time, I can leave the relationship anytime that "I" want).
- No matter how nice other people are, MY family (MY parents and MY siblings) is the one that loves me the most. Vice verse.
- No more going out to the movies, at least until I’ve found a reliable maid.
- Even if I got the chance to go out, I’ll end up thinking about my baby and feels guilty about it.
- I’ll be tired. Constantly.
- Reading an e-mail is considered as a luxury, time-wised.
- I hate my ******* (can’t reveal who he/she is), and I hate his/her spouse more!!! And people won’t believe what you tell them just because his/her spouse pretends to be so nice and sweet in front of them (hypocrite).
- There’s nothing more tiring than having contractions and giving birth (I thought period pains was among the worst).
- Marrying your husband means marrying his family. And if you can’t cook, you’re uselessss….
- I can cook. A bit. Doesn’t matter whether people eat it or not.
- Life doesn’t always go as you planned.
- Single life is just as good as married life as long as no one makes a fuss about it, especially regarding age and gender.
- No matter how tired I am, no matter how much my life sucks, no matter how frustrated I am, no matter how much I hate some people that I want to punch their faces,no matter how much I cried… my son is always there for me, staring my face as if he’s saying, "it’s okay, mommy. I love you".
Yesterday was the past, tomorrow is the future, today is the present. That’s why people calls it a gift. And my son is definitely a gift from Allah, helping me to face each day swiftly.