BuSy HuBBy mAkeS Me cHuBBY
Thursday July 21st 2005, 10:38 am
Filed under: Uncategorized

Malam ni Nazri on call. Tadi call dia, tapi dia kata "banyak kerja, babai" and terus letak telepon. Uhuk! Aku pun dengan sedihnya buka tin coklat and apalagi makan ler…Sejak elaun oncall ni naik makin bersemangat pulak dia kerja. Dulu rajin jugak, tapi sekarang nampak dia ada motivasi sikit kalau kena oncall. Dulu terasa macam cheap labour secheap-cheap nya (5pm-8am next day =RM20 ke RM25 aje dapat for THE WHOLE PERIOD,bukan per hour ok?) Nurse pun dapat lagi banyak, dahlah nurses tu kerja ikut syif, bukan straight 36 hours macam doktor! (tu pun ada nurse yang tak puas hati kalau elaun doktor naik, dengki. Kalau nak naik elaun belajar lah jadi doktor instead of a nurse, itu pun takleh pikir ke?) Bukan nak berkira, tapi kerja dia memang memenatkan. Dahlah weekend pun kena kerja. Mak dia pernah sound sebab dia tak balik nogori masa weekends. Dia cakap macam mana dia nak balik weekend sebab weekend pun dia kerja! Aku ni bini dia sendiri pun susah nak jumpa dia, apatah lagi nak drive balik kampung dia…hmm…

Dulu masa awal2 dia kerja kat UH, aku dok rumah sorang2. Nasib baik adik aku mekti selalu datang sebab aku dah sarat nak deliver baby anytime je masa tuh. Kalau aku terberanak sorang2 kat rumah, tak tahu la nak buat apa… Padahal suami doktor, tapi doktor kerajaan ni lagi sibuk kat hospital and merawat orang lain, bini sendiri pun orang lain yang kena jaga. Sekarang dia bengang sebab kat wad dia yang bangunan yang baru ni ramai pesakit ‘terasa’ yang diorang ni kat hospital private. Bukannya apa, tapi sebab bangunan tu baru and chantek berbanding wad lama (contohnya wad tempat aku bersalin dulu). Masalahnya, patients tu demand macam diorang ni kat hospital private la pulak! Nazri kata tak pasal2 dia kena dengar pesakit tu membebel kat dia sebab orang yang jaga farmasi tu salah tunjuk tempat nak ambik ubat. Aku cakap,kalau aku jadi patient pun aku marah sebab yelah,dahla kita sakit, sekali orang suruh kita pergi ke hulu ke hilir tak pasal2. Nazri kata dia tak kisah orang tu nak membebel, tapi Nazri kata itu bukan salah dia (Nazri), and dia TAKDE MASA NAK DENGAR. Pokoknya, doktor2 ni banyak kerja lain nak buat and negara kita memang tak cukup doktor. Doktor2 ni tension sebab tak cukup tangan. Aku ni yang jadi bini dia pun kena baaaaaanyak bersabar…. Kalau tengah couple lagi, mahu gaduh macam ni sebab jarang dapat jumpa.

Tapi kerja kat UH ni kira ok lagi. Kalau kat HKB dulu, memang aku jamin Adam tak kenal sapa ayah dia. Oncall selang sehari. Bila balik rumah aje tidur. Kalau bangun pun kejap je nak solat and makan, pastu sambung tido. No TV. No chatting (borak2, bukan chat kat internet). Aku baru cakap "Yang…", pastu aku pusing sebelah tengok dia dah berdengkur..zZzZz… Nasib baik dah lama kawin, kalau baru2 kawin mahu gaduh kalau tiap2 hari macam tu. Macam Lenny tu, nasib baik dia dapat family in-laws yang giler understanding and tak judgemental. Kalau tidak, susah nak jadi a doctor/wife/mother/daughter in-law all at the same time. To all my friends yang tgh study meds/baru grad tapi belum kerja  - enjoy this moment while you’re still not working!!! Bila dah kerja nanti baru tahu kepenatannya. Make sure your spouse faham. Kalau tak, boleh sakit jiwa tau. Nak marah pun tak boleh, bukan salah dia. Dua-dua tak salah, tapi dua-dua kena sabar. Sapa yang terpikir nak cari doktor as pasangan, hahaha! Good luck! Don’t say that I didn’t warn you!

Lagi satu yang aku sangat musykil sekarang is KENAPA RAMAI ORANG SENANG-SENANG AJE TARUK TITLE "DR." or "PROFESSOR" kat depan nama dia? Especially golongan yang belajar ilmu ‘perubatan tradisional’ etc??? Kat mana diorang belajar ni???!!! Bukannya apa, ada orang yang aku kenal, bekas inspektor polis. Nothing special. Pastu dia resign and bukak kedai dobi, pastu kedai dobi tu tutup. Pastu gi belajar kat Indonesia rasanya for a few years (maybe 3 years,kejap aje). Tup tup balik dia letak depan nama dia "PROF. DR. …" Logik tak? Universiti mana nak bagi title doktor (dia tu degree bachelor pun tarak!) and "professsor" (after 3 years? I’ve never heard THAT one before!) Kalau ada pun, aku tak rasa kerajaan Malaysia iktiraf ‘universitas’ macam tuh!!!!!!!!!!!! Usahkan kerajaan Malaysia, aku rasa Sekolah Henry Gurney pun tak approve the so-called ‘universiti’ diorang tuh!!! Newspaper Harian Metro ada bangkitkan isu ni, tapi takde follow-up or conclusion pun. Sepatutnya ada jabatan/website yang kita boleh monitor orang2 macam ni, boleh check/periksa. Sebab itulah orang boleh senang2 pakai title "DATUK", sebab masalah macam ni ler.

"DR."/"PROFESSOR"/"DATUK" KEPALA HOTAK DIA!!!

Sorrylah ter’emo’ sikit. Hilang sifat-sifat ‘keibuan’ aku kejap. Bukan apa, aku tak tahan betul dgn orang otak penipu macam nih! Nak meniaga, nak cepat untung tapi menipu orang. Dahlah kaitkan perniagaan tu dengan agama Islam!!! Pakai serban la, kopiah la, tapi menipu. Dah berapa ramai orang kena tipu just because diorang percayakan title doktor/prof./datuk and kopiah diorang tuh. Yang nampak buruk, agama kita jugak. Memangla sekarang diorang boleh buat rumah besar and beli kereta besar, tapi halal ke duit tuh?? Biarlah. Antara dia dengan Allah la tuh. Tapi aku bengang giler.

Biarlah doktor yang menginap kat rumah aku ni tak kaya, sekurang2nya dia betul la doktor tak tipu, and rezeki dia halal, insya-Allah.





     
1 Comment so far

huh..! aku plak penat baca blog ko nih nida….sian gak ek keje camtu..
aku ingat keje dr nih enjoy..hehehe

Comment by    wanie 03.09.06 @ 8:28 pm



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)