Filed under: Uncategorized
Bulan ni macam2 berlaku. Birthday Adam - dapat jumpa member2 tapi tak dapat nak duduk borak lama2… Yang horror bulan ni adalah komputer kena serang virus. Rasanya virus trojan. Kalau aku dapat orang yang buat virus ni aku trojan-trojankan dia! Habis chapter 2 and chapter 4 aku + recents files and internet punya bookmark! Tak pasal-pasal kena buat balik,dahla aku ni lembab buat assignment/tesis dan sebagainya. Bookmark tu semua hilang, yelah mana terpikir benda tu akan hilang. Taktau la akan dapat/ingat balik tak website2 dulu tu. Komputer terus kong,takleh nak start. Aku dah save files dalam CD, tapi ntah macam mana folders (the most important materials) tak masuk. Nasib baik first chapter and files yang lama ada save dalam disket before presentation dulu.
Tengah2 tension tu, balik KB sebab Nazri dapat cuti panjang (cuti habis posting). Lepas ni kang dah takde cuti till raya. Dekat2 nak raya nanti tu dia kena masuk posting baru, macam mana nak mintak cuti raya? Macam takleh cuti aje… kalau dia takleh cuti, aku balik KB dgn maid and Adam bertiga ajela. Tahun ni plannya nak raya first day kat Tampin, then second day raya KB (naik plane). Tapi kalau Nazri tak balik, takkan aku nak balik sorang2 kampung dia? Dahla kena drive. Tak berani ler. Pastu kang nanti sunyi sebab Nazri takde…masa hari raya…pastu teringat kat famili aku…pastu nangis sorang2…pastu tarik muka depan mertua…bla-bla-bla. Jadi untuk mengelakkan semua ini terjadi, aku rasa baik aku terus balik raya ke KB. Lagipun abang Nazri and wife dia gerenti raya kat Tampin sebab the wifey orang Bangi, so takde masalah nak balik raya sebab dekat. Takkan diorang tak balik langsung, kan? Ni first time diorang beraya as husband and wife. Lainlah aku ni,dahla kampung jauh…dah basi pulak tu. Jalan balik ke KB pulak jem luar biasa masa time balik raya. Jalan ulu gila tempat jin bertendang pada waktu biasa pun boleh jem time tu. Sorryla aku nak naik kereta, dah serik, sampaikan kena ambik MC the day after trip sebab habis satu badan sakit2.
Aku suka balik KB. Ntahla kenapa. Sebab KB rumah aku kot. Tapi ada member2 aku yang tak berasal dari sana pun suka gi situ. Mostly sebab nak shopping la… Tapi aku suka KB sebab makanan kat sana murah, orang kat sana walaupun ada yang susah tapi peramah. Sebab tu orang susah boleh survive kat KB sebab barang asas iaitu makanan, is cheap. Kat sana, RM1 boleh dapat 5 keping kuih, sini kat cafe dapat 3 keping, kat nyonya stall dapat SEKEPING! Gila. Sana goreng cempedak aku beli RM2 dapat penuh satu plastik,dahla sedap. Kat sini RM2 dapat 5 keping, tu pun penjual dia kira balik tu takut terlebih. Dahlah tak sedap! Aku makan sekeping aje pastu rasa menyesal lak beli. Kalau sedekah pun takde orang nak ambik. Sana sayur sumer organik, tapi harga dia lagi murah daripada sayur tak organik kat Tesco. Ada pakcik tu jual seplastik besar timun (cucumber) - plastik dia kecik sikit aje daripada guni beras - RM3!! Patutla dia tak kaya-kaya…kesian dia. Tapi competition and harga sana memang macam tu. Tapi memandangkan dia jual sayur murah, maknanya orang yang menghasilkan makanan daripada sayur itu juga murah, dgn kata lain nasi kerabu tu murahla sikit sebab ongkos peniaga tu rendah.
Pakcik tu memang baik. Tapi yang aku selalu bengang dengan orang negeri aku sendiri ialah budak2 muda yang malas belajar, pastu jadi cashier atau jadi kuli kat kedai fotostat/kedai cuci gambar etc, tapi berlagak nak mampus! Dahlah bodoh sombong, biadab pulak tuh. Patutlah sampai mati jadi kuli. Customer relations memang hampeh, kalau kita komplen kita lak yang kena tengking, padahal bukan kedai dia mahupun kedai bapak dia, tokey dia cina. Pastu ramai lak yang tak tahu nak beratur masa bayar kat kedai and kalau orang tegur, orang tu yang kena marah pulak. Bab tak reti nak beratur ni bukan orang Kelantan aje tapi orang MALAYSIA. Lagi satu yang aku bengang, kat Kelantan ni ada ramai (bukan semua) MCP (male chauvinist pig). Bawak kereta macam jalan atuk dia, contohnya:
- bawak slow tapi dok kat lane kanan
- bawak laju tapi tak reti nak potong sampaikan tergesel kereta yang dipotong
- keluar simpang tak tengok kanan
- keluar simpang pastu kereta terjulur kat TENGAH2 jalan. Bila kereta yang nyaris nak terlanggar dia (maklumlah, kereta dia terjulur melintang kat tengah2 jalan besar)) tu hon, jantan celaka tu bukak pintu kereta and marah2 orang lain,padahal dia yang salah
- kalau dia berhenti kat tepi jalan sambil tunggu ada orang keluar parking, and ada orang tepi kiri+belakang dia nak kuar dari parking, pastu dia tgk driver keta belakang dia yang tgh tunggu parking tu perempuan, dia boleh keluar dari kereta dia and suruh orang yang tgh nak masuk parking kereta yang baru keluar tu undur sebab DIA nak masuk situ
- kalau accident, dia keluar dari kereta and mintak lesen memandu orang yang DIA langgar (padahal salah dia)
- orang depan dia dah bagi signal nak masuk simpang kiri, tapi dia gi langgar gak kereta tuh, pastu dia turun kereta mencarut2 dan menyumpah2, padahal dia yang salah.
Jantan-jantan dayus yang macam ni, berani buat hal sebab dia tengok pihak yang lagi satu tu PEREMPUAN. Lelaki macam ni yang jenis menganiaya isteri dan dia berani buat dajal kat perempuan lain sebab dia ingat perempuan lain lembik+ikut cakap dia, macam bini dia kot. Orang macam ni, boleh pergi mampuss. Aku tak tahu kat mana silapnya - mak dia pun jenis yang ikut cakap dia ke? Bini dia jenis yang sembah dia ke? Bapak dia jenis yang pukul bini ke? Tapi yang pasti, isteri orang yang macam ni memang jenis takut kat laki+ jadi pak turut laki dia and tak dapat respek dari laki dia. Yang dah lepas kena pukul pun merangkak balik kat suami dia. Lelaki macam ni buat bini macam kuli batuk dia. Jenis yang anggap kaum perempuan ni layak dok kat dapur aje and jilat buntut dia. Aku gerammmm tak terkata dengan jantan macam ni. Cuba bayangkan?? Takleh nak berdiplomasi dgn orang macam ni. Kalau kita repot polis pun nanti dia datang cari kita dgn geng2 dia. Macam mana bini dia sendiri nak lari?
Tapi ramai jugak lelaki Kelantan yang pandai ‘berdiplomasi’. Kalau tak takkan pengawal keselamatan kat mahkamah KB tu boleh kawin sampai 3? Lab assistant USM kahwin dgn doktor? Yang miracle nya, kebanyakan isteri2 tu tak gaduh sesama sendiri, malah yang dok serumah pun ada. Ntah apa ubat guna2 yang dia pakai… tapi diorang ni kebanyakannya tak termasuk dalam golongan MCP.
Ada lagi satu persepsi pasal lelaki Kelantan ni. Ada orang kata diorang ni susah nak tolong isteri, especially tolong masak ke, basuh pinggan ke, tukar lampin anak ke,kemas rumah ke etc, tak macam lelaki ‘luar’. Ada la beberapa bukti. Tapi tak semua pemalas…walaupun kebanyakannya memang malas. Contohnya abang ipar aku, orang Paloh, rajin apa…Nazri memang la rajin tapi dia buke oghe Kelate so dio tak termasuk. Cuma satu aje Nazri kureng - basuh berak and tukar lampin Adam. Yang ini kalau dia buat memang aku kena ambik gambar and letak dalam fotopages.
Aku dulu pun plan nak kawin dengan orang Kelantan. Bukan apa, kalau nak balik raya tak payah gaduh nak balik kampung sapa, itu aje. Tapi, jodoh dengan orang ‘nogori’…I wouldn’t trade him for anything else in the world ;-p
OK enough blabbering. Sakit gigi datang kembali, tapi nak gi jumpa dentist jauh sekali. Phobia.
mentang2 dah ada baby, tayang laa baby memasing. nie jeles sakan nie. ko sihat nida? lama tak dengar berita. kim salam sama husband and baby.
Comment by Mizie 07.20.05 @ 2:33 amagak2 orang terengganu pun ramai mcp tak? I’ve come across a couple of terengganu guys who are mcp’s… tapi sebab 2-3 orang je kan so takleh nak come to an unbiased conclusion. One thing for sure I hate MCPs too. benci tak terkata… (rileks liza.. cool down)
Comment by LiZ n Terry 07.20.05 @ 2:49 amthanks for the tips psl laki kelantan tu hihi. penting tu for me hihi. tapi mmg, tunang hambo tu mmg tak rajin tolong sgt buat keje2 umah, tapi nk wat camne, hati dah kenan. satu lagi, aku mmg sokong ko pasal laki mcp tu! tiap kali dgr cite cam tu, rase kobar2 gile sampai rase nk cincang2 je laki2 tak guna tuh huh. anyways, nice to hear from you, nida. you were a good wingmate. long live wing A bawah! hihi
Comment by Elly 07.20.05 @ 3:26 amHahah Mizie…aku sihat.Semua sihat. Tu lah,kalau nak baby kawin la cepat2,tak pun ko adopt anak mat salleh sebelah rumah ko hehe. E-mail la aku kalau ko free/boring…
Liza, aku tak pernah bawak kereta kat t’ganu,so aku tak tahu. Tapi possible la diorang tu mcp, sebab dari segi lain lelaki terengganu pun lebih kurang sama jer. Lagi satu aku found out, lelaki yang bawak kereta nombor plet start dgn “J” (keta johor) selalu bawak kereta macam taik and ada ciri2 mcp. Ini dari personal experience la… Ko lagi tahu sebab ko selalu bawak keta roung malaysia muahahaha!
Elly, good luck la dgn beloved tunang. Yang penting cuba ‘train’ dia awal2, nanti lama2 dia terbiasa kang rajin tu ‘terpaksa datang sendiri’. Tak tahu la kenapa diorang ni malas2. Maybe sebab orang perempuan kat KB ni rajin2, especially berniaga. Ko tahu kan macam mana wanita Kelantan rajin berniaga, kalau kat pasar memang ramai orang perempuan dari lelaki yang meniaga. Well guess what - ada yang suami mereka tu tak kerja langsung, tapi dok melepak kat kedai kopi main dam! Sakit hati kan? Tu yang aku pelik sgt tu..kat mana silapnya..??
Comment by Asnida 07.20.05 @ 11:30 pmhehehehe honest sunggoh nida citer pasal lelaki kelate nih!…i agreed dat…buktinya my fader sendirila..but not MCP one….but anyway mu hubby org penang, nama nazri gak!..rajin tolong i..kiranya ringan tulangla…tapi cuma tang tukar lampin je fail..tambah2 lagi anak dah over aktip..heheh
Comment by wanie 03.09.06 @ 8:40 pmLeave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>