Dilemma Seorang Mama
Sunday September 25th 2005, 9:22 pm
Filed under: Uncategorized

Tesis…tesiss…kenapala aku lembab menyiapkan ko? Aku memang tak suka menulis atau menaip bebenda akademik ni, dulu-dulu masa jadi law student selalu dapat markah assignment yang tidak membantu gred subjek. Dulu lembab buat tesis sebab selalu kena balik kampung tengok anak,sekarang ni lembab sebab Adam dok sini tapi dia selalu cling kat mummy dia, tak nak kat maid la kalau dah nampak mak dia. Komputer and meja study lak dok kat luar/ruang tamu sebab takde tempat lain dah, jadi mana mau lari??!! Pagi tadi terkejut sebab dapat panggilan dari ofis dean, ingatkan dekan nak jumpa, rupa2nya kak Sa’diah secretary dekan tanya apsal dia tak dapat contact Suez. Minah tu pergi melepaskan tekanan jiwa akibat tesis ni. (kurang2 dia boleh gak lari gi Aust, aku nak lari ke mana?) Takut gila kalau dean nak jumpa!

Img_3569Kalau Adam nangis nak dok dgn mak dia, takkan aku tak ambik dukung dia? Rasa bersalaaah sangat kalau ignore dia. Kekadang tu kalau maid pegang and main dgn dia, ada jugak rasa jealous kot2 dia jadi rapat sgt dgn maid tu. Camne nak buat kerja camni? Ingatkan nak menaip di library fakulti (which is actually the best option right now)tapi laptop yang lama tu dah nazak, takleh nak buat apa dah… Takkan nak beli yang baru semata-mata nak taip tesis ni aje, orang lain menaip kat cybercafe OK aje… Lagipun laptop is too expensive for now, and me and Nazri sekarang ni memang tak nak ambik credit card sebab tak mahu berhutang, hidup pun tak stabil lagi. Kekadang kalau maid bawak Adam masuk bilik, pastu dengar Adam nangis, mestilah kita nak gi tengok apa dia buat kat anak aku sampai nangis ni? Padahal takde benda…

So today akibat kejutan panggilan telefon dari ofis Dean tadi,aku pikir "ni takleh jadi ni". So aku tolak kerusi ruang tamu tu supaya block Adam daripada datang kat komputer (and me). So far dia still panjat2 jugak kerusi tu pastu panggil mak dia dengan suara merayu dan mendayu-dayu, but I must be strong. Buat dek… buat dek… (tak tahula berapa lama boleh tahan).





     
No Comments so far



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)