Someone is Angry. Very Angry.
Tuesday March 28th 2006, 5:32 pm
Filed under: Uncategorized

Got it from the Forum section in Utusan Malaysia. Aku rasa doktor yang tulis ni dah lama dah nak luah perasaan dia. Pasal budak medic oversea yg pernah komen dalam ruangan ni jugak several days ago tu, aku rasa memang dia patut keep his mouth shut. Sebab walaupun dia tu konon struggle dgn studies, tapi studying to become a doctor and working as a doctor are two very very different things! Lagi satu, the fact yg government benarkan doktor buat locum…I don’t think it will change anything. You know why? Why would the doctors want to declare yg diorang buat locum? Kang apa2 jadi mulala dikaitkan dengan locum walapun locum tu sebenarnya gi klinik kemudian tidur sementara menunggu pesakit. Pastu kena bayar income tax, hahaha!

Maybe orang ramai cakap doktor2 ni banyak songeh and banyak demand (eleh cikgu2 lagi banyak demand hapa!) After aku tengok sendiri laki aku and kawan2 di kerja kat hospital, baru aku tahu betapa teruknya kerja doktor ni. Ada kawan2 aku yg memang takde life kecuali gi hospital, balik rumah tido. Nak makan pun tak larat. Ada yang berkejar till tak sempat nak solat (orang tu bukan jenis yang tinggal solat), ada yang turun 8 kg in the first 2 weeks masuk kerja. My sister quit being a doctor after several months sebab alahan pregnancy dia teruk, dia ambik cuti tahunan sampai habis and masa dia nak ambik cuti tanpa gaji, boss dia tak bagi. So dia quit and housemanship yg dia dah buat beberapa bulan tu kira ‘burnt’. Pastu dia apply balik kerja, tapi kena interview balik semula and kena marah kaw-kaw dengan sorang Dato’ andartu yang tak paham apa itu alahan masa pregnancy sebab dia sendiri tak pernah kawin and mengandung. And ada sorang kawan aku actually quit this profession for good.

Semalam aku gi hospital sebab ada appointment, tunggu hampir 2 jam and was informed that the doctor was not available sebab dia kena masuk OT. Aku bengang giler, rasa sungguh buang masa. Tapi nak buat macam mana? Doktor tak cukup, ada kes orang lain yg lebih emergency dari aku. At least aku boleh set another appointment and datang balik, tapi kalau makcik pakcik yang dah tua, sakit pulak tu, datang dari jauh naik bas… kesian… Dahlah diorang kena tunggu bas sejak pagi buta lagi, habis duit lagi. Nak salahkan sapa? Aku lebih suka salahkan kerajaan.

Nasib baik aku tak jadi doktor…

Doktor melokum tidak jejas khidmat di hospital

SUDAH lama saya menyimpan perasaan meluap-luap terhadap mereka yang
membantah doktor kerajaan bekerja sambilan di klinik dan hospital
swasta pada hari dan waktu tidak bekerja (lokum).

Di sini, saya ingin menyangkal telahan murahan yang dilemparkan oleh
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang, S.M. Mohamed Idris (Forum, 27
Mac 2005).

Beliau kononnya amat terkejut kerana kerajaan meneruskan langkah untuk membenarkan para doktor bekerja lokum.

Soalan saya yang pertama ialah adakah tatkala beliau mengetahui akan
hal ini maka tekanan darahnya turun naik secara mendadak atau
jantungnya berhenti berdenyut buat seketika?

Kedua, beliau ada mengemukakan soalan yang berbunyi ‘‘Bagaimana
doktor kerajaan boleh berlaku adil kepada pesakit serta diri mereka
sendiri jika memikul tanggungjawab tambahan di klinik swasta?’’

Adakah beliau beranggapan bahawa kami yang telah tamat ‘melokum’ di
sesebuah klinik swasta akan terbawa-bawa kes pesakit di klinik swasta
ke hospital kerajaan lalu menyebabkan kami akan tersalah diagnosis dan
seterusnya tersalah memberi rawatan?

Jika itulah yang beliau fikirkan, saya amat bersimpati dengan ‘penyakit’ yang beliau alami itu.

Sangat mustahil jika dikatakan kami terkeliru antara kes yang kami lihat di hospital dengan kes yang kami lihat semasa lokum.

Andai kata kami tidak tahu sesuatu perkara, maka kami akan berbincang sesama sendiri malah akan merujuk kes itu kepada pakar.

Namun andai kata berlaku juga kesilapan, itu adalah soal kedua yang akan diselesaikan dengan kaedah lain.

Saya begitu hairan bagaimana S.M. Idris boleh mengeluarkan kenyataan
yang berbunyi ‘‘mereka tidak akan mampu memberi sepenuh perhatian
kepada pesakit di hospital kerajaan kerana perhatian dan tenaga mereka
akan dibahagikan.’’

Apakah S.M. Mohamed fikir kami melokum sambil bertugas di hospital
pada masa yang sama? Ini menggambarkan seolah-olah ada di antara kami
yang berkejaran (ulang-alik) dari hospital dan klinik tempat melokum
yang berkemungkinan terletak di sebelah hospital.

Saya sedar bahawa beliau dan orang awam yang lain mahu luahkan
kekhuatiran mereka tentang doktor-doktor yang keletihan dan kurang
tumpuan ketika bertugas di hospital kerajaan andai kata dibenarkan
melokum di klinik swasta.

Percayalah, kami dan mereka yang keletihan itu bukanlah disebabkan
lokum tetapi disebabkan on-call tanpa tidur mahupun rehat kerana
merawat pesakit seharian sebelumnya.

Bolehkah S.M. Idris berikan bukti bahawa terdapat doktor yang
melokum hingga tidak cukup tidur dan keletihan di hospital kerajaan
pada esok paginya?

Bukan setakat melokum berjam-jam, malah nak lepak lama-lama dengan
kawan-kawan pun kami tidak berani kerana takut ‘lalok’ pada esok hari.

Andai kata kami ingin melokum berjam-jam, kami akan pastikan
keesokan adalah hari cuti atau paling kurang bertugas syif
petang/malam.

Bagi kami, berehat selepas kepenatan bekerja di hospital adalah lebih berharga daripada wang ringgit hasil lokum tanpa rehat.

Kalau benar S.M. Idris begitu prihatin tentang kecergasan kami
ketika bertugas di hospital, maka berikanlah saranan yang bernas kepada
Menteri Kesihatan agar kami tetap cergas selepas on-call.

Beliau perlu tarik balik kenyataan yang berbunyi ‘‘Kecenderungan
untuk memberi lebih perhatian kepada pesakit di klinik swasta mungkin
timbul dan pesakit yang tidak mampu membayar akan menderita.’’

Kenyataan itu menggambarkan seolah-olah kami pernah meminta bayaran
daripada pesakit di hospital dan pesakit yang tidak mampu membayarnya
akan menderita akibat lambat menerima rawatan. Ini menghina profesion
kami sebagai doktor kerajaan.

Kami merawat pesakit di hospital kerajaan mengikut penyakitnya dan bukan ikut kemampuan pesakit!

Seorang pakar bedah kerajaan yang seharian di bilik bedah kerana
menjalankan tugasnya tidak akan bertanya berapakah wang perolehannya
untuk hari itu sebelum beliau pulang tidur di rumah.

Saya sarankan S.M. Idris meluangkan masa sekurang-kurangnya seminggu
untuk mengikuti kehidupan harian seorang doktor yang selama ini
bersifat ‘misteri’.

Berkaitan dengan syor beliau supaya caj dinaikkan, biarlah mereka yang bergelar pesakit sahaja memberikan ulasan.

Kepada penulis yang bergelar Budak Baru Belajar dari Leeds, United
Kingdom yang turut mahu mencampuri soal lokum, cuma sedikit sahaja yang
ingin saya katakan: ‘‘Keep your mouth shut and complete your studies.’’

Berdasarkan pengalaman saya, mereka yang pernah belajar di negara
Baratlah yang paling banyak merungut tentang gaji yang sedikit di
Malaysia.

Jangan sekarang beria-ia menyebut tentang keikhlasan tapi apabila
sudah bekerja di hospital kerajaan nanti, anda akan melenting kerana
kesibukan dan kerenah birokrasi dan akhirnya anda tidak sempat hendak
melenting tentang gaji yang sedikit atau pun tidak berbaloi!

Kesimpulannya, kami para doktor sememangnya melokum untuk
menambahkan pendapatan agar tidak nampak selekeh di hospital gara-gara
tidak cukup wang untuk membeli pakaian baru dan minyak wangi.

Yang kedua, kami berpeluang membantu klinik swasta di samping
memindahkan kepakaran kami dan pada masa yang sama meluaskan pengalaman
dalam menghadapi kes-kes di klinik.

Percayalah, ada perbezaannya antara melihat kes-kes di hospital dan melihat kes-kes di klinik swasta mahupun klinik kerajaan.

Dan yakinlah bahawa kami keletihan bukanlah disebabkan lokum, tetapi
disebabkan on call atau tidak dapat tidur lena kerana demam.

Saya sendiri pernah tertidur di hadapan ibu pesakit ketika mengambil sejarah pesakit (anaknya) pada jam 5.30 pagi di wad.

Hanya doktor sahaja yang boleh memahami kerjaya doktor.

-  DR. MHI,

Hospital Seberang Jaya,

Pulau Pinang.





     
4 Comments so far

angry he is.. but not angry enough.. I’m amazed just to see that he’s got the time to write up the whole thing and deliver his message appropriately

Comment by    LiZ n Terry 03.28.06 @ 6:01 pm

Liz, kan dia kata dia ‘dah lama menyimpan perasaan meluap-luap’… hehehe

Comment by    Asnida 03.30.06 @ 6:09 pm

kesiannyer… nasib baik i telah mengambil langkah yang bijak 8 years ago untuk tidak menjadi seorang doctor.. obviously now that I know what it’s like.. I’m really not cut out for that kind of life.. honestly.. I really salute malaysian doctors!!

Comment by    Hezra Rose 04.05.06 @ 9:40 pm

hehehe… i’m one of the unlucky ones who become doctors but i,m truly proud of it. hehehe nida, id aku ar_hanani

Comment by    hanani 04.09.06 @ 1:25 am



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)