Penatnyer
Monday April 03rd 2006, 8:17 pm
Filed under: Uncategorized

Last 2 weeks gi makan chocolate buffet dgn Sue and Yati kat KL Hilton. It was such a last minute plan, tapi menjadi. Memang untung sungguh business hilton malam tu sebab kitorang makan sikit2 aje coklat tu, giler muak… Bukan tak sedap, tapi u know la too much chocolatey chocolate. Nasib baik Sue order teh satu pot yang mana di refill sebanyak 3 kali oleh waiter kat situ.

Last week makan telur ketam. Petang tu Nazri makan ketam, aku makan telur aje, sikit. Pastu malam tu naik biji2 gatal satu badan, sakit perut macam contraction memanjang (makan ponstan pun takde effect!), asthma tak stop walaupun dah berapa kali sedut inhaler. Kaw giler effect allergy tu. So at 2am in the morning disebabkan tak tahan sangat dah, aku kejut Nazri gi klinik 24 hours. Sampai sana doktor takde, baru blah, so tinggallah kerani/nurse2 dia and sorang HA lelaki. Gi sana cakap saya nak nebulizer and allergy injection. Nazri ada cakap2 dgn mamat HA tu tapi aku tak dgr, aku bukan paham pun nama ubat2 ni. Lepas sedut nebulizer, HA tu nak suntik. Dia kata nak suntik kat punggung ke? Aku cakap ok. Pastu dia tunggu aje aku selak kain nak cucuk bontot aku, ada ke patut? Aku dahla pakai baju kelawar, so aku buka dulu selimut kat situ and baru tarik kain. Laki aku? Nuh kat luar nuh tgh buat apa ntah! Ntah apa2 la pakcik tu, tak sensitif langsung! Nasib la aku tgh merana so malas nak sound dia ke hapa. Nak panggil orang pun takde suara..

Adam ni tgh demam and batuk. Dia baru nak belajar batuk, dada dia sakit. Suara dia takde. Kalau dia berdua dgn maid aku, dia act ok aje, tapi kalau mak dia ada asyik merengek aje. Ahad malam lepas aku suruh maid aku tido dgn Adam sebab Isnin pagi (semalam) aku kena bangun pagi2 pergi seminar. Adam bangun malam satu kali aje, hisap susu pastu muntah and tido balik. Semalam dia tidur dgn aku, tekalah berapa kali dia bangun? Ada laa dalam 10 kali kot. Tiap kali terbangun dok panggil "mummy..mummy.." Aku dah usap dgn Vicks, dukung etc pun dia still nangis lagi. Kesian pulak, tapi dia sebenarnya nak bermanja la tu sebab dia sakit. Kalau dia tak sakit dia tak buat perangai gitu. Yg peliknya dgn maid aku takde pulak dia oh eh oh eh macam tu. It’s a good sign I suppose - he still knows that I’m his mother, the ultimate mother who can get him anything that he wants, hehehe. As a result, I am so freakin’ tired today. Semalam the whole day kena dengar seminar yg aku tak berapa nak pergi sebab Adam tgh sakit kat rumah, and malam semalam tak cukup tido. Today kena gi courier some documents and gi Puchong collect survey questionaire… I’m too tired to do anyhing/go anywhere tapi takleh nak tido… hence the new entry in this blog.

My dissertation? - 1 chapter lagi, kena edit chapter 3 sebab Ranc. M’sia ke-9 dah keluar, kena analize survey bila dah ambik nanti and kena edit apa2 yg Dr. Yong suruh nanti. Tak tau la dia dah check ke belum bab2 lepas tu, aku dah give up nak siapkan benda ni on time, apa nak jadi, jadi laa…. Aku tak suka buat tesissss!!!! Tak nak buat Ph.D nanti boleh tak????

Bulan ni sungguh pokai sebab kena bayar medical check-up maid and imigresen dia. Apa-apalah Belalang… Anyway sapa2 yg kenal Jae, dia dah bersalin hujung bulan Mac. Nazi pun dah bersalin anak ke-2. Bilala nak g tgk anak Nazi ni…Yati bila ko balik??





     
No Comments so far



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)