Rukun tetangga dan sedikit info pasal kajian gated community saya..
Sunday April 09th 2006, 6:23 pm
Filed under: Uncategorized

Sapa baca Berita Harian today?

"Mulai Jun ini anggota Rukun Tetangga (RT) yang
menjalankan rondaan pada sebelah malam, akan diberi semula cuti sehari"

Aku rasa doktor2 sure bengang biler baca menda ni. Do the maths:

Kerja ronda sukarela + 4 jam = Dapat cuti keesokan harinya (supaya boleh rest).

Kerja hospital + 15 jam          = Esok TERUS SAMBUNG kerja till lewat petang.

Memanglah doktor on-call dapat elaun, tapi still ramai yg cuba ngelat on-call sebab kerja on-call ni memenatkan. Diorang rela tak dapat elaun on-call tu walaupun dah dinaikkan sebab on-call ni buat orang letih giler. Yg tak sedap tu sebab the next day kena terus sambung kerja, as if 3 shift berturut-turut.

Biarlah doktor yg komplen pasal menda ni, aku bukannya doktor. Anyway, pasal rukun tetangga tu elok jugak sebenarnya. Gomen nak galakkan orang meronda supaya kurang jenayah + kurang kerja polis. Lagipun, rondaan rukun tetangga ni banyak manfaat. Selain boleh kurangkan jenayah, neighbours boleh berkenalan lebih rapat sesama mereka. Ni salah satu proposal dalam dissertation aku. Daripada hire pak guard yg belum tentu buat kerja, eloklah buat rondaan. Sendiri punya rumah, sendiri punya jaga… Tapi kalau kawasan perumahan aku yg buat menda ni, korang rasa suami aku dapat cuti jugak tak?? Sure doktor2 berebut-rebut nak join rondaan rukun tetangga, muahahahahhahahahahahahahahahahaha!!!!!!

Memandangkan aku buat research pasal gated community yg tak habis-habis sampai sekarang, aku rasa bertanggungjawab untuk inform korang sedikit information pasal gated community nih. (sapa berminat boleh continue baca,yg tak interested boleh blah sekarang sebelum korang tertidur Zzzzzz…)

Gated community, as some of you have probably known, takde legal status sebenarnya kat Malaysia. Unless the gated neighbourhood ‘terlepas’, iaitu dapat strata titles (geran hakmilik macam untuk rumah berbentuk pangsapuri, flat, kondo, townhouse…) instead of individual titles (geran hakmilik rumah biasa,macam banglo, teres etc), penduduk gated community takde hak untuk halang public daripada masuk ke kawasan kediaman tu. Yes, you can actually freely walk into Country Heights Kajang and Tropicana sebab jalan kat dalam tu kira public properties, security guards takde hak untuk halang kita masuk. Malah, sebenarnya dia yg lakukan kesalahan bila halang kita masuk. But that’s another loooong and winding story…

Sekarang ni ada proposal untuk amend the Strata Titles Act untuk accommodate gated community ni, nak include gated community dalam strata titles act ni. Kalau korang nak beli rumah dalam gated community, developers usually keen to tell you pasal benda ni and ‘jangan bimbang, nanti ada pindaan untuk include gated community ni to cater for this type of property…blaa.blaa".

NOT SO FAST. Salah sorang yg terlibat dengan proposal amendments tu cakap the proposal only akan affect gated community yang baru sahaja. Gated community yg sedia ada (sedia problematic) tidak akan terlibat. There you go. Gated community ni memanglah cun, tapi banyak masalah tau kalau your neighbours and developers jenis yg lepas tangan. If ada yg nak tanya apa-apa, bolehla tanya saya. Tapi aku sendiri tak akan beli rumah dalam gated community buat masa nih.





     
3 Comments so far

Aku buat masa ni mmg belum ada intention nak beli rumah gated n guarded ni…dulu pernah aku tgk 1 house in JP Perdana…very cantik…macam nak beli tapi pk2 balik…mengenangkan dia gated n guraded, aku terus turn off…pasal
1. kena bayar maintenance sampai mati…though dah abis byr loan rumah pun, still kena bayar maintenance…kalau murah tak pe gak…

2. maintenance mahal tapi takde jaminan sama ada ia berbaloi atau tak…i mean, kecurian still berlaku, keceriaan still poor etc

3. pada aku komuniti melayu tak sesuai duduk sini sbb nak kenduri kendara susah esp kenduri kahwin…

4. jiran2 tak mesra alam..maklum la…biasanya yg duduk tempat2 gini org loaded2..mana la nak berkawan ngan jiran dia yg keje gomen cam aku ni…

tu la pendapat buat masa skrg…tak tau la kalau esok2 aku kaya atau mmg trend semua org masa tu duduk gated community, aku beli la kot satu…

Comment by    Juanita 04.09.06 @ 9:16 pm

hahaha! betul cakap ko Juan… Ada seminar yg aku pergi hari tuh, one of the speakers beli apartment - kira gated, strata titled la. Dia kata once kita beli rumah yg kena bayar maintenance macam ni, kita kira MARRIED FOR LIFE dgn that property! Dia kata even dgn husband pun ada probability dia mati dulu atau bercerai, tapi dgn property macam tu memang after dia sendiri mati, maka anak2 dia pulak kena sambung bayar! Dahlah bukan murah…kalau yg murah tu alamatnya tak lama la tempat tu, sure lepas ni macam2 hal jadi ie security tak bagus, tempat tak maintain properly etc. Sanggup ke? Aku tak sanggup…

Comment by    Asnida 04.09.06 @ 10:29 pm

…make sure u highlight all of those drawbacks of a gated community in ur thesis..

at least biar celik sikit org2 yg buta ttg kelemahan gated community..

mmglah gated community tu nmpk exclusive.. probably more suitable for urban areas only rather than rural areas…

good luck and all the best finishing ur thesis!!!

Comment by    Sue 04.10.06 @ 7:59 am



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)