Filed under: Uncategorized
Lamanya tak masuk Friendster, check e-mail dan sebagainya… Internet baru OK last week after berperang dengan streamyx for a month!
Mid April, aku pindah rumah dari Damansara Perdana ke Seksyen 5, Kota Damansara. Dulu dok condo, sekarang dok rumah teres. Masa mula2 pindah tu, rasa rindu giler kat rumah lama… Terasa rumah baru ni terlampau besar untuk duduk 3 beranak + maid sorang. Mak aku belum sempat datang lagi rumah teres ni, kalau dia datang sure dia bising sebab kena naik tangga turun tangga… Semput jugak wei… Nak settle down tu lama jugak. Nak unpack lagi, susun barang lagi, kemas lagi. Tuan rumah tu pulak tinggal barang (dia gi oversea for 2 years, so kitorang sewa for 2 years only kat rumah baru ni), so kena packing barang dia sekali sebab barang2 kitorang pun dah banyak! Dissertation ntah ke mana…buat setakat yang boleh dulu dalam kekalutan, kesepahan dan ketensionan takde internet. Komputer pun dah gila. Tuan punya dia pun macam dah nak gila jugak.
End of May lepas lapor diri kat UM. Dah lah tersilap lapor diri awal satu hari, macamla aku eager sangat nak masuk kerja -padahal tersilap tengok tarikh! Rugi one day. Fulamak, banyak nyer kursus kena pergi!!! Dahlah dissertation tak siap-siap lagiiii!!!
Nazri dah confirm dapat SLAB Radiology kat UH. Alhamdulillah… Sama tempat kerja, tapi naik kereta lain2 sebab dia turun gi kerja pukul 7 lebih, aku kekadang pukul 9 lebih baru blah. That’s the beauty of kerja kat university masa budak2 tengah cuti…
Sekarang ni dok kat ofis kat UM, boringnya Suzanna takde… Ni dah puas menaip dan dengar lagu, tak tahu nak buat apa. Gula kat rumah dah nak habis! Aku gi merata-rata kedai runcit tapi diorang kata gula takde! Bangsat betul tokey gula Malaysia ni, dah jadi the richest man in Malaysia pun tak cukup ke! Sapa2 tau kat mana ada jual gula bagitau gua ok.
Anniversary last week gi makan buffet. Bayangkan, tiap2 kali birthday, anniversary and any celebration sure gi celebrate dengan makan buffet, mana tak ’sehat’.
OK la that’s it for now. DOk pening pikir camne nak gi kursus seminggu next week, bohsan boring tak sukaaaaa!!!
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>