Suci Seorang Tutor, Auuww
Sunday August 13th 2006, 6:11 am
Filed under: Uncategorized

Laaamaanyer tak ber’blog’. Takde masa beb, hari2 gi kelas, dengar lecture atau conduct tutorial. Pastu ditambah dengan workload admin work, takde masa nak buat dissertation! As new tutor, banyak menda yang dah lupa masa jadi student dulu, so terpaksa la study balik everything, baca kes etc.

Aku suka mengajar ni, kalau tak takdela aku nak jadi lecturer.  Dulu masa chambering, otak manyak tension, hati manyak susah, pastu aku bagitahu semua orang yg aku taknak jadi loyer sebab tak tahan gi kerja masa matahari belum naik and pulang after matahari dah terbenam. Dah jadi tutor ni, yang best is flexible hours, boleh masuk keluar suka hati provided  takde kerja time tu and takde orang nak jumpa. Korang sure ingat aku masuk kerja paling awal pun pukul 10am, balik kerja pukul 3pm… WRONGGG!!! Aku gi kerja ke UM laaaggi awal berbanding time aku chambering dulu! Pukul 7.30am usually aku dah sampai tol Damansara. Balik? Hhmm normally aku ada kelas till 6pm, and if balik time tu sure traffic jem,so aku stick kat fakulti till 8pm lebih. Biasanya aku tunggu Sue habis kelas masters dia and kalau ada masa kitorang gi dinner sama kat 6th college.

So, mitos bahawa tutor/lecturer ni takde kerja is oh so not true! Kerja administration berlambak-lambak-lambak! Lagi2 aku and Suez are junior staff, so understandably kitorang dapat banyak kerja admin. Contohnya jaga bilik common room (kutip duit lecturer yg join coffee club, make sure air mineral cukup, beli groceries - luckily Suez and I kaki sopping la jugak, so tak kisah sangat). Kerja2 lain tu biasala jadi AJK a lot of committees, jadi bidan terjun bila tak cukup orang etc. Last kerja yg aku buat is on last Saturday, kena baca nama students for convocation. Susah jugak  siot, kena cekap tengok orang and baca nama diorang yg susah nak sebut + panjang2 at the same time. Mujurla saya cekap orangnya, walaupun ada sorang ‘Tengku’ ni aku gi baca nama dia ‘T’ instead of Tengku. Mana aku tau…tak pernah jumpa shortform ‘Tengku’ as ‘T.’, if ‘Tg.’ tu ada la…. Kesian pulak kat dia.


Walaupun aku tak kisah tidur pukul 4am baca kes2 untuk tutorial, walaupun gi kerja awal pagi balik malam, walaupun banyak kerja admin, aku tak komplen sebab aku suka kerja ni.

Cuma satu aje aku frust - bila budak2 aka students ni masuk kelas tak prepare. Aku malas sebenarnya nak marah2 orang, sebab budak2 tu dah besar panjang, bukannya still menetek kat mak diorang. Tapi, kalau aku suruh buat research diorang tak buat (nak tunggu aku ’suap’ eveything padahal aku yg busy ni pun terkial2 cari masa utk buat research for the class, dahlah soalan2 tu diorang yg tanya), pastu yg tak datang kelas tu tak pass tutorial answer dia to the class (turn dia utk jawab tapi dia tak datang sebab ABANG DIA KONVOKESYEN) padahal dia dah janji nak pass, pastu ada budak gi baca tutorial answer dari nota Kemayan/Brickfileds and SALAH pulak tuh, darah aku tetiba naikkk aje…. Aku membebel kat budak2 tu and suruh sambung kelas next week. Lepas ni no more bringing notes from other colleges etc, bawak kertas and akta sahaja. Ni la masalahnya kalau bagi muka kat budak2 ni, diorang sesedap aje ‘conteng’ muka kita… Kawan2 aku kenal aku macam mana, aku tau aku ni garang jugak, tapi kat budak2 ni aku tak garang tau, aku try cara lembut….eeekk! It did not work!!

Today gi wedding Syawal, bestnya dapat jumpa ramai member lama sekolah. Teringat zaman sekolah dulu-dulu… Anyway kawan2 aku ramai yg kurus2 belaka walaupun dah beranak dua. AKu cakap kat diorang yg aku malas nak diet sebab kot2 next yg pregnant lagi sorang, pastu kang masa tu sure berat naik, pastu kena kuruskan semula. Alang2 biarlah ehem diet lepas bersalin. Tapi lepas bersalin yg no. 2 sure terpikir nak anak ke-3 pulak! Pastu pikir baik tunggu dapat anak no.3 pastu baru diet. Then maybe nak anak no. 4 pulak. U get the message… Sampai bila2 pun tak kurus if macam ni.. muahahahahaha!!!

OKla. Nak buat kerja ni, kena prepare utk tutorial esok.
Hhmm…ntah2 budak2 tu tak even bother to prepare pun. Huh.





     
2 Comments so far

Being a tutor/lecturer mmg xsesenang yg orang ingat (including me)..mengajar mmg best..tapi bosan dgn keje2 admin and lain2 yg telah nida sebutkan di atas. ingatkan uitm je yg lecturer dia kena buat keje2 mcmtu, rupanya sume junior lecturer mana2 uni sama je kan? anyways, good luck with ur job. the students can be a pain, but bile diorg dah berjaya nnti (or at least pass/score their papers), just a simple thank you from their smiling faces is rewarding enuff :)

Comment by    Sheri Hafiz 08.13.06 @ 6:16 pm

Sheri, mana-mana tempat pun sama aje, juniors are juniors la… Lecturers kat UM ni pun selalu komplen pasal kerja admin, bukan kita aje. Mana taknya - nak mengajar lagi (which includes preparation), nak buat masters/phd lagi, nak buat research lagi etc. Hopefully we all stay sane..

Comment by    Asnida 08.13.06 @ 10:33 pm



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)