Teknik-teknik Mengurat?
Friday June 29th 2007, 9:26 pm
Filed under: Uncategorized

School will be starting soon….
I’m working on my neverending thesis nowadays, I have a deadline to meet coz my supervisor is on sabbatical leave this semester so she should have the time to read my chapters.
(Yati, chapter yang aku bagi ko tengok tu semua memang byk giler kena amend sebab ntah apa-apa aku tulis, lagi teruk daripada Kerja Kursus Geografi Tingkatan Tiga!)

Aku tak sangka Yati pernah mengurat orang sebab nampak macam pemalu aje, auwww!

Aku sebenarnya jarang nak approach orang, unless aku dpat feedback yang orang tu memang minat kat aku. Tapi ada one time tu, aku ingat orang tu minat kat aku, and somehow I developed an interest for him. Later I found out that  rupa-rupanya dia tak minat kat aku, kawan2 dia yang saja mengusik!!! Patutla aku kena reject  macam pelik aje…. That was the one of the
stupidest and most embarassing things I’ve ever done in my whole life!
By the time he eventually developed an interest for me, I have no
feelings for him anymore. Tertutup sekejap pintu hatiku buat lelaki,
hahahaha! What an experience.

But I think I can share with you some do’s and dont’s:

  1. DO give some hints if you minat someone. Generally women love flowers and chocolates, even from their husbands *hint! hint!* (hint yang useless sebab laki aku tak baca blog, dahlah dia catu intake coklat aku sekarang pastu dia kata "Da, tak elok ada bunga kat rumah sebab you tu asthma!"), and love cards. So keep those stuff coming! Dulu zaman sekolah, budak2 suka tinggal notes kat meja orang yang diorang minat, takpun masa takde orang kat kelas tu diorang gi conteng kat blackboard kelas tu ie "Norlia binti Ghani, I love you!!!" So romantic funny…
  2. DO leave notes at windshield. If you borrow the other person’s book, kindly leave a sweet thank-you note inside. (hahaha this one is for you yati!!)
  3. DON’T chase that person’s car on the highway. I was driving on Federal Highway with my sis some years ago. Pastu ada kereta ni dok kat sebelah keta aku (maklumlah Federal Highway kat banyak lane-tapi selalu jem jugak!), and ada mamat 2 orang dalam tu dok senyum2 kat kitorang. They actually followed us till we stopped at the petrol station because my then-boyfriend wanted to pump some fuel (you see, we both so-called konvoi kereta from Shah Alam, tapi kalau konvoi kereta dgn Nazri memang nama aje konvoi sebab Nazri selalu bawak laju2 and left me behind jauh-jauh ntah kat mana-mana. Kalau nak stop ke apa kena calling2 dgn handphone. Konvoi apa namanya macam tuh). Then aku turun kereta and bagitahu Nazri about the other car yang pulled over tak berapa jauh dari situ. I think that guy sebenarnya nak turun berkenalan or something, but seeing me talking to Nazri and pointing to him turned them off, so they drove off. (Kalau nak berkenalan pun, jangan la chase kereta perempuan tgh2 malam coz we never know you tu perogol ke, penyamun ke hapa….)
  4. BE YOURSELF, but reserve la sikit certain things awal2 ni. Jangan buat lawak bodoh, jangan gelak over2 pada benda2 yang tak kelakar, jangan cakap skema nak mampus just because nak tunjuk polite, jangan dok cakap pasal business ko yang masyuk berapa ribu sebulan just to impress that girl or what car you drive. Poyo la.
  5. Awal2 perkenalan, keep things between the both of you first. Jangan first date terus nak bawak dia jumpa mak-abah-atuk-opah-wan-moyang-mak lang-pak lang-busu etc. Jangan cakap pasal kawin, nak anak berapa orang pastu cari kalendar sebab nak tengok when is the next school holidays sebab nak plan kenduri. OMG!
  6. Unless you don’t mind losing that person, jangan terus impose your expectations on her/him. Keep it cool, be friends dulu la okay…
  7. Please don’t stare at that girl’s body. Yes, we DO notice it.
  8. DO meet your friend at a quiet place so that you can have a pleasant chit-chat. Kalau gi McD pun, janganla dok kat sebelah playground dia. Nanti kang banyak dialog-dialog yang terganggu dgn pekikan "Adam! Jangan panjat tu!" or "Mummy, I want to peee!!!"
  9. Send that person cards - ‘from a secret admirer’ or something. But please introduce yourself after that. Kalau dah dapat 583 cards from ’secret admirer’ dalam masa 3 tahun, lama-lama tension jugak pompuan tu.

So far itu aje kot yg aku terpikir. Ala, kan byk tips2 kat majalah2 nuuh, gi la baca.

Another thing is, if you want do anything, make sure that you do it for yourself. Don’t try to change yourself just because you want that person to love you.
Aku ada kawan ni, dah kawin. Dia kata wife dia nak pakai tudung, tapi wife dia takut suami dia ni akan cari lain if si wife tu pakai tudung, so wife dia tak pakai la. The reality is, her husband actually had a crush on a woman, and that woman actually wears a tudung.

Now what does that say? Men will always be men…



Another Most Eligible Bachelor…
Thursday June 07th 2007, 6:54 pm
Filed under: Uncategorized

Is Pak Lah an eligible bachelor? Ntahlah…but allow me to congratulate our Prime Minister and his future wife, Jeanne. Dalam Utusan hari ni ada tertera :

* JABATAN Perdana Menteri semalam memaklumkan bahawa setelah
diijabkabulkan, gelaran rasmi kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi ialah Datin Seri Jeanne Abdullah.

Beliau akan dipanggil ‘Yang Amat Berbahagia’.

Sapa tak bahagia kalau jadi dia? Kawin-kawin aje lepas tu terus pusing dunia, hehehe! Lagipun Pak Lah kata dia ambik madu lebah setiap hari, auwww…  ;-)


My sister asked me about my last posting:

"Were you referring to ___?"
I said "yes".
"Oh boy is he still single?"
"Well yes."

Then Nazri said to me "korang rasa C tu smart ke? Ntah la…agaknya korang ni belum pernah tengok dia tido kot."


Pure jealousy, I guess. Hahahahahahahahahahah!

Nazri told me about whom he thinks is THE most eligible bachelor in his batch (yg tgh buat masters in kat UM).
Nama dia A.
Umur dah 30-an tapi muka macam 20-an.
Sungguh bergaya, sungguh metrosexual khabarnya.

Hari tu ada member2 diorang tanya lecturer diorang:


"Nanti exam kitorang kena kuarantin tak?"
And diorang saja mengusik, cakap si kawan Nazri nama Wati ni nak dikuarantinkan dgn si A tu.
Lecturer tu cakap "kalau kena kuarantin dgn A, saya pun nak!!"


Bagi aku mamat tu takdela hensem sangat, tapi ntahlah agaknya aku tak usha tengok dia betul2 kot masa jumpa time open house kawan diorang. Sibuk melayan anakanda dok buat tarian lucah berlari-lari kat rumah orang, malu betul…

Mamat A ni dah single balik. Hari tu dia baru clash dgn awek dia yang 10 tahun lebih muda. Tak tahu kenapa clash. Tapi yang menarik tu adalah cara dia kenal awek dia dulu. Dia kata dia nampak ada aku perempuan cun masa kat carpark, so dia terus approach perempuan tu. (At least he got bigger telur balls compare to C.) How sweeett….


So I asked my husband. Out of curiosity.

"If you tak kenal I masa kita jumpa time register for Asasi kat kolej dulu, you akan tegur I tak bila you nampak I?"
(Maksud tersirat: adakah awak rasa saya cukup cun untuk awak tegur saya dan berkenalan dengan saya walaupun masa tu awak tak kenal saya?)

Dia senyum aje.

"Sebenarnya, masa I jumpa you dulu, I memang tak cam muka you.
I tak tahu pun you tu sebenarnya you.
Masa I approach you, I sebenarnya nak tukar topi and you tengah beratur nak ambik baju, then I tengok you senyum aje kat I.
I kata boleh tahan jugak minah ni.
Tapi I pelik apasal u senyum kat I, but I thought oh agaknya kat universiti ni memang perempuan selamba aje senyum kat lelaki. (sebenarnya dia perasan dia hemsem gila that perempuan2 akan tersengih2 belaka kat dia, tapi yelah budak from sekolah all boys, mudah perasan naive sikit kot bab-bab ni..)
Then you asked ‘you ni Nazri, kan?’
Lepas tu baru I perasan laaa.. dia ni Asnida rupanya…"

Ya Allah…dia tak kenal aku rupanya?
Kalau aku tahu, takdela aku nak senyum kat dia.
Cuba bayangkan kalau aku tak tanya dia "you ni Nazri kan?" and senyummmm aje kat dia sampai aku and dia blah?
Sure mamat tu perasan gila, balik bilik dok citer kat kawan2 dia yg ada perempuan ni dok senyum kat dia. Ingat aku takde keja dok sengih2 kat dia?
Tapi lepas2 tu, tiap kali ada break masa orientasi, mula la datang ngendeng kat aku…

"Ngendeng-ngendeng pun, akhirnya dapat jugak…"
;-)



If You Want Something (or Someone), Go Get It!
Sunday June 03rd 2007, 11:28 pm
Filed under: Uncategorized

It’s THAT time of the year again.

To my hubby, I know you don’t  usually read my blog coz you prefer your MyBenz forum and waiting for your TT gathering to happen somewhere…
but in case if you do -
HAPPY ANNIVERSARY, darling.

(Can’t believe we’ve been married for quite some time.)

Now referring to the topic above.
My hubby has a good friend. He’s very smart and good looking (according to my sisters, my aunts, my mom, my friends and a grooming consultant). He used to date a girl since Uni days, but that girl broke up with him because she prefers a more mature (his level of maturity is equal to my husband’s), stable, older bloke she met at work.

So this hunk is single.
Considering that he’s smart and handsome, he shouldn’t have any problem getting a girl right?
Apparently, HE doesn’t think so. I’m going to tell you a story. Let’s call him C.

One day, C was driving from work to home.
As C was driving, he saw a fine looking chick driving another car, and their eyes met. They were looking at each other…and suddenly the girl hit a motorcyclist in front of her. The girl was so shocked and was speechless, she just stayed there in her car!

So C, being a gentleman, stopped his car, went to the motorcyclist to make sure that he’s okay and settled the matter on behalf of the girl who’s still gawking behind her wheel. Everything was okay, the motorcyclist was not hurt and the car was not damaged.

Now, I think the most logical thing for a guy to do is to walk to the lady, ask her if she’s okay and give her your business card…or exchange phone numbers…or ask her out for a drink…

What happened?
This guy, returned to his car and drove off!!!
Then once he got home, C called my husband, telling him the whole story and I heard my husband screaming on the phone - "Bodoh! Bodoh! Kenapa dgn kau ni! Bodoh betul!"
Then he laughed so hard that I just can’t help asking him what happened.
Hence, this post in my blog.

So what is the moral of the story?
Figure out yourself.



Tsunami and qiamat
Sunday June 03rd 2007, 2:18 am
Filed under: Uncategorized

Wednesday, January 19, 2005

 

         

 

         

   

Tazkirah: Radio 3 Pulau Pinang tentang Kiamat

   

   

         

 

Pendengar 1

Saya hendak bertanya, baru-baru ini saya telah mendengar dari seorang ulama yang mengatakan ini ialah tanda-tanda kiamat. Kemungkinan katanya kiamat yang akan datang sekali lagi mungkin akan menghapuskan separuh daripada penduduk dunia ini. Apakah benar Dr. DD

Response Dr Danial Zainal Abidin kpd pendengar radio 3 Pulau Pinang

Ada benarnya. Bila saya merujuk pada hadis Bukhari disebutkan bahawa, antara tanda-tanda bahawa kiamat besar itu sudah menghampiri kita ialah gempa bumi semakin kerap menimpa kita. Sekarang kita sedang bercakap tentang gempa bumi yang jarang-jarang melanda bumi Malaysia tetapi tiba-tiba melanda dengan dasyat sekali. Jadi memang ada hadis yang bercakap tentangnya. Sebenarnya bila saya mengkaji, membaca tentang apa yang berlaku di bandar Aceh dan juga dikawasan-kawasan yang lain dan sempat menziarahi dan melihat kesan-kesan daripada ujian, musibah ini kepada masyarakat di Malaysia. Memang itulah yang terdetik dihati saya. Sebenarnya kiamat begitu dekat dengan kita, sebab dalam ceramah-ceramah saya, saya mengatakan Yajuj dan Majuj telah ada. Dajjal pun telah ujud kalau kita kaji hadis-hadis nabi.
Tanda-tanda kecil atau the minor signs of the Qiamah, hampir
kesemuanya telah pun berlaku. Jadi kita sedang menanti yang agak besar lagi seperti matahari terbit dari sebelah barat dan seumpamanya, tapi sekadar Dajjal, Yajuj dan Majuj bagi saya yang saya telah bukukan juga apa yang telah saya temui berpandukan Quran dan Sunnah saya rasakan telah ada.

Gempa bumi yang semakin lama semakin kerap, semakin dasyat ini juga menampakkan kiamat semakin hampir dengan kita. Bagi saya apa yang berlaku ini, jangan kita lupa untuk mengambil peringatan. Peringatan bahawa mati itu begitu hampir dengan kita. Peringatan bahawa kiamat itu begitu hampir dengan kita. Peringatan bahawa kehidupan ini sudah
sampai ke penghujungnya. Ini petanda-petandanya. Sebab itu bila saya melihat apa yang berlaku, saya ingin mengatakan bahawa saya bersetuju dengan mereka yang mengatakan bahawa kita begitu hampir dengan kiamat sebab mereka tidak bercakap mengikut hawa nafsu. Ada dalil yang menyokong semua itu apatah lagi bila ada tokoh dari Mercy Malaysia
yang pergi ke bandar Aceh dan mengatakan bahawa beliau tidak pernah melihat musibah sedasyat ini. Beliau pernah pergi ke Iran tahun lepas sebab pada tarikh yang sama 26 Disember 2003, gempa bumi berlaku di Bam,Iran. Tetapi tidak sedasyat ini. Beliau merasakan seoalah-olahnya ini kiamat sebab ibu yang sedang mengandung tiba-tiba tanpa disedari
anaknya sudah dilahirkan, tergantung uri,  Seolah-olahnya macam apa yang disebutkan oleh Al-Quran bahawa bila kiamat berlaku begitulah keadaannya, ibu yang mengandung tidak menyedari tentang anak sedangkan ibu ini begitu sayang dengan anak walaupun anak ini belum dilahirkan.
Tiba-tiba dia lupa tentang anak sebab kedasyatan kiamat. Berlaku kata Dr yang pergi kesana.

Ini semua peringatan supaya kita tidak lagi melupakan Allah dan juga peringatan bahawa teknologi dan apa yang ada ditangan  manusia ini kerdil kalau kita bandingkan dengan kuasa ilahi. Jangan kita lupa pada tahun 1990an satu gempa bumi yang dasyat telah menimpa Kobe, Jepun. Kobe ini ada satu yang hebat tentang mereka. Mereka ada alat-alat teknologi yang canggih yang dapat mengesan gempa bumi sebelum ia melanda Kobe. Tetapi walaupun ada teknologi yang canggih, gempa bumi melanda juga. Kata pakar-pakar yang menganalisis keadaan mereka mengatakan, banggunan-banggunan yang besar dan tinggi seolah-olahnya
ia diperbuat daripada kertas. Allah hendak mengingatkan kita bahawa teknologi kamu kerdil. Yang besar Akbar hanya Aku. Sebab itu orang Islam disuruh berkata Allahu Akbar.

Saya amat bersedih hati sebab masih ada orang Islam bila berdepan dengan malapetaka ini, masih tidak solat dan tidak menutup aurat. Malah saya harus mengatakan bahawa ada mangsa-mangsa Tsunami ini tidak solat. Bila saya menziarahi setengah-setengah tempat, mereka tidak solat. Mereka hanya menceritakan apa yang berlaku, ia boleh sebab dalam kaunseling kita mengizinkan, menceritakan semula dan
berulang-ulang kali tetapi jangan sampai kita lupa kepada yang lebih utama iaitu solat dan Allah berkata kepada kita, Wahai orang-orang yang beriman minta bantuan kepada Allah dengan 2 cara. Pertama dengan sabar. Kedua dengan solat. Kita hendak meminta kepada siapa, kepada kerajaan boleh tapi ada batasan, kepada manusia ada batasan tapi kepada Allah tidak ada batasan, tetapi Allah mengatakan jika hendak
meminta bantuan kepada Allah ada jambatannya.Jambatannya ialah sabar dan solat. Tiba-tiba solat tidak dilakukan, bukanlah semua tapi ada. Ini yang kita rasa sedih. Sudahlah mendapat ujian tiba-tiba kita tidak menafaatkan ujian itu. Itu yang paling malang.

Ulasan DJ - Sepatutnya masjid dan surau dipenuhi dengan orang berikutan rentetan daripada malapetaka ini.             



Hhhmm…
Sunday June 03rd 2007, 1:18 am
Filed under: Uncategorized

Have you ever noticed…
Sometimes, the harder we try to get close to someone, the further he/she’d go?
Once kita stop trying, they’d come to us!

So, kesimpulannya :  STOP trying!
Hehehe!