Filed under: Uncategorized
SOALAN:
Simpan wang dalam Quran elak dicuri toyol
ADAKAH wujud makhluk yang dipanggil toyol? Jika wujud bolehkah ia dilihat dengan mata kasar dalam keadaan tertentu?
Bolehkah ia mencuri wang dan sebagainya, walaupun wang berkenaan
diletakkan dalam al-Quran? Apakah ada cara untuk mengatasi masalah
kecurian wang oleh toyol?
LAN, Kelantan.
JAWAPAN:
CARA terbaik mengatasi masalah kecurian wang ialah dengan menyimpan
di tempat selamat seperti di Tabung Haji dan bank. Ini kerana tiada
berita tersebar menyatakan toyol mencuri di bank-bank.
Kejadian toyol mencuri hanya berlaku di rumah-rumah sahaja. Menyimpan
wang dalam kitab suci al-Quran pula tidak kena pada tempatnya.
Al-Quran adalah kitab panduan hidup dan hendaklah dibaca setiap hari. Ia bukan tempat untuk menyimpan wang.
Mengenai kewujudan makhluk yang dipanggil toyol itu sendiri diragui.
Islam hanya membahagikan makhluk kepada manusia, malaikat, jin dan
syaitan.
Toyol begitu juga hantu tidak ada dalam istilah
nama-nama makhluk ghaib dalam Islam. Semua hanya wujud dalam tradisi
warisan masyarakat Melayu.
Apa yang boleh dikatakan semuanya jelmaan jin dan sihir yang ingin mengganggu keharmonian masyarakat.
Kadang-kadang masyarakat yang sempit pandangan hidupnya mencari jalan
yang mudah untuk cepat kaya. Dengan itu mereka menggunakan khidmat jin
dan sihir yang sudah tentu haram dalam Islam.
Sekiranya makhluk ini ada sekalipun, ia haram digunakan kerana mendatang keburukan semata-mata.
(Ustaz, ntah-ntah kat bank tu ada toyol tapi CCTV takleh detect…hehehe!)