Panasnya sekarang…
Tuesday January 29th 2008, 3:08 am
Filed under: Uncategorized

Seminggu dua ni rasa panas benar. Tak sah kalau tak switch on aircond kalau kat rumah, malam2 tu kena on kipas siling sekali dgn aircond especially kalau baru lepas pekena durian seulas dua sebijik dua. Hari Ahad lepas aku gi rumah akak aku kat Shah Alam, ya Allah panasnya rumah dia…pasang kipas kuat-kuat pun berpeluh2, sampai hari Isnin tu aku still dehydrated tak cukup air nak cover kepanasan hari Ahad. Nak tgk AJL kat TV3 pun tak larat, padahal aku tak pernah miss every year.  Pahtu dapat pulak e-mail yg orang dok forward pasal dunia nak kiamat, pasal planet dah rotate and maybe earth is next, nanti kalau jadi camtu sure matahari timbul dari Barat. Dulu aku pernah tulis kat blog pasal earth magnetic field, aku tengok dalam Discovery Channel. Kalau ikut teori tu maybe one day matahari akan timbul dari Barat, wallahualam. Pokoknya dunia ni memang dah akhir zaman. Yang ngaku dia imam Mahdi pun ramai.

Adik ipar aku cakap ada sorang mamat Pekida ni gi masjid and declare kat orang masjid yg dia tu imam Mahdi. Pak imam kat masjid tu geleng-geleng kepala, dia cakap "kesian budak ni, muda-muda lagi dah jadi macam tuh…"

Aku tak biasa sangat dgn Pekida ni tapi orang cakap diorang ada dua group - dulu-dulu group ustaz yang join menda ni, sekarang ada group orang2 silat and mat rempit pulak. Cara diorang bersalam pun lain. Ada orang kata diorang ni samseng sekarang, tak tahula aku sebab takde pulak kawan aku yg aku tau join benda ni. Yang join MLM ke direct selling ke ramai ler…. Diorang takdela samseng, tak pernah aku kena belasah kalau tak join jadi downline diorang hehehe.

Sekarang ni aku rasa penat gila bawak budak dalam perut. Dahlah kena cari maid baru sebab maid sekarang dah nak balik Indonesia for good. Ni dok tengah replace kelas2 sebab kalau boleh by mid March dah nak stop kelas sebab takut terdeliver early, kang pecah ketuban masa tutorial sapala nak sambut anak aku. They will never look at me the same way again… Hari Sabtu pun manjang kena datang kerja sekarang ni, next week cuti CNY nak kena marking test paper. This Saturday WAJIB pulak datang UM alumni day. Esok ada appointment jumpa Dr. Hensem McDreamy McSlurpy doktor aku utk check-up baby. Dah makin dekat makin takut pulak nak bersalin. 

This month ada trip gi Sekolah Tunas Bakti kat Melaka, bawak budak2 Clinical Legal Education bagi edukasi legal education kat budak2 pompuan kat sana. Ni stok2 tak dengar cakap mak bapak so diorang kena hantar ke situ. Ada yang bebetul insaf, ada yang tak. But who am I to judge them? We are not in their shoes, maybe jugak parents diorang abaikan diorang and buat diorang jadi macam tuh. What we can do is just to encourage them to be a better person, get some education and let bygone be bygone. Dsc_9756Diorang suka kalau students aku buat energizer dgn diorang (energizer ni mcm exercise dalam kelas kalau kelas tu lama sangat or boring, so nak fokus balik tu suruhla diorang buat energizer sikit). Diorang punya graffiti dinding sekolah mak aii malu aku nak baca….yang rindu pakwe, rindu MAKWE, mencarut etc semua ada.

Hari Sabtu before tu kitorang gi penjara Kajang untuk pesalah2 muda lelaki. Ada jumpa budak2 yg masuk jail tapi umur belum sampai 18 tahun, so diorang ni diasingkan drpd banduan tua, takut terpengaruh or kena pukul etc. Kesian pulak tgk diorang ada yang tak reti baca ABC langsung. Aku bawak chart ABC anak aku and tampal kat sana, then student aku simpankan. Bila sampai rumah Adam tanya "Mana pergi ABC Adam mummy?" Ops. Nanti mummy beli yang lain la ya sayang.

Adam sekarang kaki tengok citer Ultraman, Power Rangers, Teen Titans, Shrek and Transformers (cartoon and movie!). Dia pun ngaku citer yg dia tengok tu ’semua ganas-ganas.’  Elokla tu, bila bapak dia balik rumah diorang dua berebut DVD player - anak nak tengok Power Rangers, bapak nak tengok Dragon Ball! Adamtido_editedKalau naik keta pun nak suruh pasang lagu Teen Titan yang aku burn dari komputer (sshh…jgn bagitahu bekas dekan aku!), kalau dengar MP3 dia suruh pasang lagu soundtrack tu jugak berulang-ulang kali sampai tertido! Kalau lukis gambar kereta ke robot (dia kata dia lukis robot walaupun aku tengok lukisan dia macam…aku tak tau dia lukis apa sebenarnya), nanti dia datang and cakap "mummy, pen Adam takde jerawat la mummy." Sebenarnya dia nak cakap takde dakwat. Cheh, nasib baik muka aku tak byk jerawat, kalau tak terasa mcm kena perli aje dgn anak sendiri…

Last week bawak dia jumpa Sherry kat Ampang, dah laaama tak jumpa dia. Anak dia comel2 belaka. Seronok borak dgn kawan lama, dia pun nak dengar citer2 baru yang dia miss. Aku try to story everything quickly, yg mana tak sempat tu kasi summary aje la. Buat apa nak buang masa bercerita benda2 pasal kerja or pasal orang2 yg dia tak kenal etc, sedangkan kita dah lama tak jumpa dia and tak tahu bila lagi dapat jumpa?? Hope to see her when her sister gets married maybe later this year. Camne la dia boleh tahan dok jauh2 from family and jarang2 balik? She’s so strong…

Happy Chinese New Year everyone.

Oh and selamat Hari Wilayah.



Students and birthdays and break-ups and marriages and gatherings and sex tape
Wednesday January 02nd 2008, 7:15 pm
Filed under: Uncategorized

To Wani and Murali, Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia ke anak cucu cicit ciut ciet.

To Cik Yati, takpe kumbang bukan seekor, apatah lagi kumbang yg sayapnya
bercabang-cabang dan tak tahu nak hinggap kat mana. You deserve a
much better man! Afterall you are the sweetest girl among us all… Eh, bila mau gi yoga ni?

To my maresmart gang, thanks a lot for the wonderful gathering, it was
so nice to see the familiar faces again outside of fotopages and
friendster. We all sure have grown, especially sideways hehehe!

To everyone who wished me A Happy Birthday, thank you for reminding me of how old I am…;-) Last night Nazri took me out for my belated birthday dinner at Lobsterman (ok ambo tok ‘darat’ doh)It was nice and better than Tamarind Hill last year! Tapi balik rumah tu agak menggaru2 jugak sebab aku ni kadang2 ada allergic kat some seafood, tapi lobster punya pasal gatal pun gatal la hahaha! Baiknya laki aku.. Tak payah tunggu aku nyanyi lagi Michael Bolton "When A Man Loves A Woman" before bawak aku keluar (followed by a reply of lagu "Permata Untuk Isteri" kalau dia refuse).

I’m soo sleepy today b’coz I had a tiring day yesterday and today I had to rush for the 8-am class. Budak2 pun muka ngantuk aje. Tak prepare tu toksah cakap la, maklumlah ni first week semester 2 buka. Spirit bercuti tu still ada lagi, spirit nak belajar tu macam spirit hantu. Tapi they are not alone, of course.

Tadi ada colleague jumpa kejap, borak pasal students, pasal kelas…. Dia kata dia malas nak marah students dah, kalau diorang tak prepare, biar diorang balik baca sendiri. I said to her that yeah I do the same thing. I feel that as I get older, I get calmer compared to when I was younger. Kalau aku marah2, it’s going to affect my mood and it’s not healthy for me. Tak pasal2 nanti kena darah tinggi. If the students are not prepared, don’t blame me if you fail the paper later. If you pass or fail your paper, it’s your own doing. I see them as a bunch of adults, not children (although some of them seem to be asking for it!) Kita pun tak suka kalau orang treat kita macam budak2, kan?  (walapun otak tu terbukti sama level dgn budak darjah tiga).

The main problem that I see in our students these days is their ATTITUDE (or lack of it). Datang kelas tak prepare- dia ingat tutor tak tahu ke diorang tak prepare? Tengok sekali aje dah tahu. Kalau tak prepare tapi co-operative takpe gak. Ni dahla tak prepare, tak rasa bersalah, buat perangai and muka macam bagus pulak tuh. Ada la a few of them, not majority. Aku dulu kalau dtg kelas tak prepare tau jugak rasa guilty. Ada someone komplen budak2 ni jumpa lecturer kat koridor mampus hidup balik pun tak tegur lecturer. Aku tak kisah benda2 macam ni, tapi yelah kalau Dekan lalu diorang boleh buat dek and continue to borak gelak2, taktaula.
Takpe, nanti bila korang masuk practice nanti baru korang tahu langit tinggi rendah… Biar bengkak muka tu kena baling dgn bundle by judges, hahaha! (gelak evil)

Jahatnya aku pagi ni, tak macam cikgu yang penyayang. Saje nak hilangkan ngantuk, aku jarang blog pasal students pun. Semalam gi check-up baby, both legs dia kat belah kiri perut aku tapi doktor kata insya-Allah boleh deliver normally. Aku cakap problem aku sakit kat bahagian bontot punggung, nak bangun and duduk rasa sakit sangat. Doktor check tulang tu tapi OK, maknanya I just need to move around more and avoid sitting/standing for a long period. Nazri kata "Hah sukala tu doktor hensem check dia, lepas ni ntah apa2 pulak bahagian badan dia kononnya sakit." Ish, abang ni, mestilah suka. Hahahaha! Euww… that IS sick!

Menteri Kesihatan kita dah resign sebab ada sex VCD dia tgh romen dgn pompuan mana ntah keluar. He was a considerably good minister, doktor2 suka dia sebab dia naikkan elaun on-call yang dah zaman-berzaman tak di review. Dia pun takdela buat remarks bodoh macam Nazri Aziz tu (laki aku menyampah gila dgn dia ni sebab dia kata Nazri Aziz memalukan dan menjatuhkan maruah semua manusia bernama Nazri kat dunia ni, termasuklah laki aku). Cuma, aku paling kesian kat anak bini Chua ni. I mean you look at him, he looks so clean and scandal-less, tak sangka pulak. Kalau dia gi romen dgn pompuan muda cun melecun bergetah takdela bini dia rasa insulted sangat sebab godaan hebat, ini orang kata pompuan dalam tape tu usia seabad dgn dia jugak…. Apa kejadahnya semua ini? As I told Sue, maybe it’s time for someone to make similar tape of Samy Vellu (tapi masalahnya ada ke orang nak get into action with him?)Can’t wait to see him resign for gooood…

HAVE A HAPPY NEW YEAR EVERYONE!