A MANIC TUESDAY
Semalam aku terkejar-kejar.
Kejar land lecturer , then terpaksa kejar another land lecturer, kejar my CP Prof. and then cari lecturer equity. Sekarang ni memang dok terkejar-kejar pun ganti semua kelas before cuti bersalin. Walaupun lecturer CP aku cakap students aku boleh masuk kelas dia, tapi tak sedap la. Dahla hari Sabtu lepas 3 kali aku terjatuh, nasib baik tak jadi apa-apa kat baby. Petang semalam after kelas and jumpa lecturer to clarify a matter, terkejar2 gi pasar malam pulak.
As if my day was not horrible enough, my maid said her husband refused to allow her to work till May and she has to go back in March!!!!
Yang aku sakit hati tu dia boleh tunggu aku tanya dia dulu baru dia nak bagitahu, padahal dia dah tahu pasal tu since weekend masa aku bagi dia balik rumah famili abang dia kat Putrajaya!
Arggghhh!!
Kenapa tak cakap kat aku hari Isnin lepas? Cuba kalau aku tak tanya dia sampai next week, sure dia tak cakap kat aku.
Taik kucing betul.
Dahlah aku maybe terdeliver baby in March!
Tak pasal2 kena mintak tolong adik aku ponteng kelas dia nanti tolong jaga Adam sementara mummy nak meneran adik dia.
Kalau aku tahu laki dia tak bagi sambung till May, dah lama dah aku cari maid baru. Apparently she didn’t tell her husband that her visa is till May, dia cakap kat laki dia nak kerja till pasport lama dia habis (in March).
Dahla aku dah siap renew pasport dia for several years sebab nak sambung till May, kalau aku tau camni takyah susah-susah renew pasport dia pun hari tuh.
Dia kata dia dah try suruh abang dia pujuk husband dia, tapi husband dia tak bagi jugak, siap gaduh lagi. Pastu tadi akak aku cakap yang maid aku bagitahu maid kakak aku yg kalau dia tak balik, laki dia nak cerai maid aku.
Apa kena la dgn laki dia tuh? Aku paham he needs his wife to be with him, tapi apa salahnya if he waits for another 2 months? Bukan dia tak tahu aku nak bersalin tapi aku rasa dia memang ada isu dgn maid aku AKA bini dia. Maid aku ni pun satu yang ko tak cakap terus-terang kat laki ko hari tu apsal?! Menyusahkan aku betul. Tension tau tak tensionnnnn!!!!
Ni nak beli tiket for her to go back in March.
Aku hantar ko balik naik tongkang, baru tau!
Patutkah Saya Undi Penipu?
13 February 2008.
New Straits Times.
‘Parliament won’t be dissolved today’. -PM
13 February 2008.
12.35 tengahari.
"Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini." -PM
Keturunan ulama ke macam ni?
Pemimpin negara ke macam ni?
First and foremost he’s a politician.
Takyah la tipu terang-terang.
Cakap tak sure ke hapa cukup la.
Liar liar pants on fire!
A Legal Lesson
This CNY I spent most of my time marking some answer scripts, hari tu ada buat test for students.
You see, if you are a minor (umur tak cukup 18 tahun), basically you cannot sue somebody in your own name. You have to get someone who’s an adult to sue for you. Legally, that person is called your ‘Next Friend’, so you sue through him or her la.
So ada la student ni jawab lebih kurang macam ni la:
"Seorang kanak-kanak tidak boleh saman atas namanya sendiri, maka dia kena saman melalui Kawan Sebelah dia…"
Aku dok pikir apamenda la budak ni cakap. Rupa2nya dia maksudkan ‘Next Friend’ tu. Dahlah tak relevan pun sebenarnya jawapan dia tu for the question. Takpela. Memandangkan ko buat aku gelak beberapa minit, aku tak potong pun markah ko.
By the way, it’s supposed to be translated as "Rakan Sahabat", bukan Kawan Sebelah.
Perangai Adam di hujung minggu
Problem betul nak cari maid sekarang. Itu belum pikir kalau sambung PhD lagi for Nazri and me. Nazri kata sekarang ada polisi baru, kalau nak buat subspecialize pun kena buat PhD dulu, THEN baru boleh subspecialize. Laaagi la ramai doktor lari ke private kot lepas nih! Ada ka… Tak habih2 taksub dgn PhD!
Nazri kata takpe, kita buat PhD kat Italy. Aku tanya apsal kat sana? Dia kata sebab bolehla dia kerja part time kat kilang Ferrari muahahaha. Aku cakap OK la you kerja kat kilang Ferrari, I kerja kat kilang Ferraro…. you test drive Ferrari I test makan Ferraro Rocher tiap2 hari. Keep on dreaming….
Hari tu aku dok kemas bilik, terjumpa katalog Toys R Us yang lama. Aku bagi Adam katalog tu.
Aku: Adam, ni ada katalog toys ni. Adam pilih la Adam nak toys mana (nak suruh dia duduk diam2 sebenarnya, kalau tak dia asyik lompat2 atas katil aku)
Adam: OK, Adam nak yang ni, yang ni, yang ni…..(sambil jari dia dok pointing kat gambar toys tu)
After several minutes, dia keronyok katalog tu and said:
"Yeah like that’s gonna happen!!!"
Aku gelak gila, manala dia belajar cakap macam tu…macam tau2 pulak aku takde niat nak belikan dia toys tu. Then I recalled dia tengok Shrek 1 yang part awal2 masa Shrek tengah dok kat toilet and koyak a page from the fairytale book untuk wipe his ass. Itulah idola dia skrg ni, tak pun dia selalu ikut perangai Mr. Bean.
Semalam aku kejut dia bangun tido. Dia taknak. Sambil pejam mata, dia raba-raba tangan dia kat atas rak kat katil aku. Aku tanya dia cari apa? Dia kata cari remote TV. Aku tanya dia nak buat dgn remote tuh? Dia kata nak tutup TV sambil pointing to my mouth - "ni Adam nak tutup TV nih". Cisss…
Later aku bagi dia main kamera mekti yg lama tu. Dia tangkap gambar ntah apa-apa suka hati dia. Then at one time dia kata "senyuuumm!!" Aku tengok-tengok dia tengah tangkap gambar topeng Ultraman dia kat atas katil. Dia suruh topeng tu senyum.
Camnela perangai budak ni bila dapat adik nanti.
Runsing aku.
But as Dr. Nik Ramlah said during alumni, Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim once said to her
"Nik, be good. If you can’t be good, then be careful."
HAPPY NEW YEAR to all my Chinese friends!!!! Yahoo cutiii!!