DEMI “PERPADUAN MELAYU”??!!!
Tuesday July 29th 2008, 1:16 am
Filed under: Uncategorized

Utusan Malaysia - 29.7.2008

TAWARAN KEPADA PAS - BENTUK KERAJAAN BARU BERSAMA UMNO DI PERAK - WHAT THE F**K?!!!

IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk
menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan
bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol
Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai
Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang
jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai
pentadbiran negeri.

Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO
memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk
negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang
majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok
dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina,
India dan Orang Asli… mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.

‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir.
Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh
Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih
praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini.

Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi
membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.

Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional
(BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas
serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini
hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.

Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak
selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN
Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam
wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang
dilantik sebagai Menteri Besar.

Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta
dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang
penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.

Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.

Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah
dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila
ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil
rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.

“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti
menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik
syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.

“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu
Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua
parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang
Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.

Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk
mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak
mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.

“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia  tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.

“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang
Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh
bersatu?” katanya.

Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan
UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan
ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.

“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan
pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk
kerajaan negeri di Perak,” katanya.


NIZAR TOLAK JALIN KERJASAMA DENGAN UMNO BUSUK

IPOH 28 Julai - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin memberi jaminan Pas negeri akan kekal dalam pakatan
pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri itu berkata, pihaknya sentiasa
memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.

”Tidak mungkin Pas negeri bekerjasama dengan UMNO negeri ini kerana
rakyat telah memilih kita dan kami akan bersama-sama untuk berkhidmat
kepada penduduk selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak di
sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tawaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada Pas untuk
bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Mohammad Nizar menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai
tawaran tersebut dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh
pemberita.

”Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju
dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO. -
HAHAHAHA!

”Kami tidak akan melayan mana-mana tawaran daripada parti politik
di luar pakatan dan kami akan kekal dalam pakatan ini," katanya.

Ketika ditanya, apakah Pas akan bekerjasama dengan UMNO di Perak
jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat Pas pusat, beliau berkata:

”Pas adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu
mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk
kerjasama dengan UMNO."

Beliau turut ditanya kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal
Singh yang mahu pakatan pembangkang menimbang secara serius keanggotaan
Pas dalam pakatan.

”DAP tidak seharusnya meragui Pas kerana parti kita belum
mengadakan sebarang muzakarah dengan UMNO. Muzakarah yang diperkatakan
itu hanya pertemuan biasa atau muqabalah,” katanya.

_____________________________________________________________________________

WOW.

TAWARAN FROM UMNO.

PAS - BETTER GRAB IT BEFORE THE OFFER EXPIRES!

TAIKKK KUCING! AKU NI SAKIT PERUT SEJAK DARI PAGI TAPI AKU TAHAN JUGAK MASUK KELAS BUAT KERJA BLA-BLA BLA.

TAPI BILA AKU BACA AJE PAPER PASAL NI I FEEL SOOO SICK AND RASA NAK MUNTAH!!

SEJAK BILA PULAK UMNO MINAT BEKERJASAMA DEMI EHEM KEPENTINGAN MELAYU?

TIBA-TIBA AJE LEPAS KALAH PILIHANRAYA NAK OFFER PAS ‘BEKERJASAMA’…

SELAMA NI MASA KORANG MENANG ELECTION PERNAH KO AJAK PAS ‘BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN MELAYU’?

PTTUUUIIII!!!!!

SORRY LA WA PUNYA ENTRY GILA TAKDE KELAS DENGAN MENCARUT N EVERYTHING, TAPI AKU GERAM GILA BACA MENDA NIH!



Rumahku syurgaku…
Tuesday July 01st 2008, 12:00 am
Filed under: Uncategorized

Too many things happened. Secara summary:

  • Masa dalam pantang, dapat rumah kuartes UM. Alhamdulillah, rezeki anak ke-2. Packing rumah lama macam nak gila! Terpaksa import adik2 aku and my cousin Syafiq to help sebab aku tengok rumah tu aje aku dah depressed…mana taknya, naik plane dari KB ke KL tiba Rabu malam, hari Sabtu tu dah kena pindah. Nazri kata masa aku pantang kat KB dia dah kemas 80%. Perasan betul….50% pun ntah sampai ke idak. Rumah kuarters ni design lama. Lantai bilik air dia macam dlm citer "Saw" tuh , horror betul lantai mozek… Nyamuk, semut and beruk banyak, biawak, tupai, tikus kucing pun ada. Macam zoo pulak. Tapi takpe, yang penting location location location.
  • Terpaksa attend retreat kat Melaka 2 hari walaupun belum habis maternity leave, baik hati tak bertempat betul aku ni.
  • Check up mata Adrin. So far still tak urgent to operate, nampak macam tak affect eyesight dia tapi kena monitor selalu and gi hospital.
  • Adam kena hantar Tadikum sebab kat rumah dia bising, baby takleh tido. Mujur dia seronok gi tadika, tapi tak tahan kat sana pun byk nyamuk. Habis merah2 kulit Adam.
  • Kalau korang gi supermarket Jusco and beratur kat lane "Untuk 8 Barang" sahaja, make sure barang2 korang memang ada tak lebih dari 8 item aje. Kalau barang2 korang ada SEMBILAN, cashier pemalas tu tak akan benarkan korang bayar walaupun takde makhluk lain kat belakang ko.
  • Harga minyak naik.
  • Anwar dituduh meliwat lagi sekali.
  • Pak Lah - nothing has changed (still d**b)

 

Adrin dah nak masuk 3 bulan. Kesian kecik2 dah demam batuk selsema…Anyway, aku rasa aku dah nampak pattern nama anak-2 aku:

Anak pertama         :  AHMAD ADAM HAIKAL.
Anak kedua            :  AHMAD ADRIN.
Anak lelaki             :  AHMAD.
Anak lelaki keempat  bagi nama "AH" aje kot.

Soalan lazim yang ditanya oleh anak aku and sepupu2 dia ialah
"KENAPA KITA TAK BOLEH PEGANG ANJING?"
Banyak kali pulak tuh diorang tanya…
Nak senang citer, aku cakap la "sebab anjing tu kotor".
Anak sedara aku yg 5 tahun tu jawab "la, kalau kotor basuh la bersih-bersih dengan sabun".

Betul jugak.

Tapi aku tak reti nak explain konsep halal haram kat diorang ni.

Anak aku pulak, ada one day last week dia nampak budak2 main kat playground Tesco.
Dia mintak nak main tapi aku tak kasi sebab kotor.
Dia diam aje.
3 minutes later dia kata "mummy, budak2 tu anjing kan?"
Aku mula2 tak paham apa maksud dia, lepas tu baru aku tangkap maksud dia.
Dia samakan budak2 tu dgn anjing sebab main kat tempat kotor.

Aduuuhhh…..Adam…Adam…pot pet pot pet takleh stop mulut dia.
Hari tu dia tanya aku aku whether dah besar nanti baby akan tumbuh taik lalat macam dia n aku, yg dekat sebelah bibir ni.
Pastu hari tu dia menyamar konon-konon dia bibik, dia cakap "ya, buk" masa aku kat dalam bilik.
Macam la aku tak kenal suara dia…

Kurang asam macam bapak dia jugak.
Nazri kata hari tu dia mimpi aku masakkan dia lasagna.
Aku tanya "sedap ke lasagna yg aku buat tu?"
Dia kata "bila I nampak you masak lasagna aje, I dah tau dah I sedang bermimpi…"

SELAMAT PENGANTIN BARU SHAH, SANIRAH AND IZRAI…
HAPPY BIRTHDAY TO ALYA, AFIQ N NAJWA…