Filed under: Uncategorized
Utusan Malaysia - 29.7.2008
TAWARAN KEPADA PAS - BENTUK KERAJAAN BARU BERSAMA UMNO DI PERAK - WHAT THE F**K?!!!
IPOH 28 Julai – UMNO negeri ini menawarkan kepada Pas cadangan untuk
menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan
bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol
Rosli Ghazali berkata, UMNO juga bersedia menerima wakil Pas sebagai
Menteri Besar Perak dengan beliau sendiri tidak akan memegang sebarang
jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai
pentadbiran negeri.
Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk Pas dan UMNO
memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk
negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang
majoriti penduduknya adalah orang Melayu.
‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok
dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina,
India dan Orang Asli… mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.
‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir.
Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh
Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih
praktikal kepada semua rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari
ini.
Tajol Rosli berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan
Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat kelmarin yang mengesyorkan supaya UMNO dan Pas dibubarkan bagi
membuka laluan kepada penubuhan sebuah parti baru berlandaskan Islam.
Mengulas lanjut, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Barisan Nasional
(BN) Perak berkata, kerajaan baru Perak yang dianggotai UMNO dan Pas
serta komponen BN akan mengukuhkan kerajaan negeri yang pada masa ini
hanya mempunyai 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ketika ini BN memiliki 28 wakil rakyat dalam DUN Perak, kurang dua kerusi berbanding pakatan pembangkang yang memerintah Perak.
Pakatan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas memerintah Perak
selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN
Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam
wakil rakyat termasuk Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang
dilantik sebagai Menteri Besar.
Tajol Rosli berkata, wakil rakyat PKR dan DAP juga boleh turut serta
dalam kerajaan baru Pas-BN sekiranya mereka berminat kerana apa yang
penting adalah mewujudkan kerajaan negeri yang kukuh.
Jika Pas dan BN bergabung membentuk kerajaan, ia mempunyai 34 kerusi dalam DUN Perak.
Menurut beliau, kerajaan negeri Perak hari ini dilihat begitu lemah
dan ini terbukti semasa pelantikan Speaker DUN baru-baru ini apabila
ada pihak terpaksa pergi dari meja ke meja untuk memastikan wakil
rakyat DAP, PKR dan Pas mengundi calon yang mereka pilih.
“Kalau kita hendak wujudkan kerajaan yang stabil dan kukuh, ia mesti
menggabungkan BN dalam kerajaan. Atas sebab itu, saya menerima baik
syor Nik Abdul Aziz bahawa UMNO dan Pas kena bekerjasama dahulu.
“Selepas bekerjasama, terpulang kepada pucuk pimpinan parti iaitu
Presiden UMNO dan Presiden Pas untuk membincangkan pembubaran kedua-dua
parti itu dan tubuhkan sebuah parti politik baru bagi mewakili orang
Islam dan kaum bumiputra,” ujar beliau.
Katanya, kerjasama antara UMNO dan Pas adalah penting untuk
mewujudkan kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia dan Perak
mencapai status negara dan negeri maju pada 2020.
“Sebenarnya, perpecahan orang Melayu di Malaysia tidak akan dapat mewujudkan kestabilan politik bagi negara ini.
“Kita mesti mula dengan kerjasama antara kaum dahulu. Jika orang
Melayu tidak boleh bersatu, bagaimanakah kaum-kaum lain boleh
bersatu?” katanya.
Tajol Rosli memberitahu, kerjasama dan penggabungan antara Pas dan
UMNO lebih mudah berbanding gabungan Pas dengan DAP kerana perbezaaan
ideologi yang ketara antara kedua-dua parti itu.
“Apabila DAP mahu mengkaji semula keanggotaan Pas dalam pakatan
pembangkang, kita memberi laluan kepada Pas untuk bekerjasama membentuk
kerajaan negeri di Perak,” katanya.
NIZAR TOLAK JALIN KERJASAMA DENGAN UMNO BUSUK
IPOH 28 Julai - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin memberi jaminan Pas negeri akan kekal dalam pakatan
pembangkang dan sama sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO.
Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri itu berkata, pihaknya sentiasa
memberikan komitmen untuk terus bersama-sama DAP dan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dalam menerajui kerajaan pembangkang di negeri ini.
”Tidak mungkin Pas negeri bekerjasama dengan UMNO negeri ini kerana
rakyat telah memilih kita dan kami akan bersama-sama untuk berkhidmat
kepada penduduk selama-lamanya," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak di
sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tawaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
negeri, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kepada Pas untuk
bekerjasama dengan UMNO bagi menubuhkan kerajaan negeri yang baru.
Mohammad Nizar menjelaskan, beliau tidak dimaklumkan mengenai
tawaran tersebut dan hanya mengetahuinya selepas diberitahu oleh
pemberita.
”Dia (Tajol Rosli) boleh sudi macam-macam tetapi kita tidak setuju
dan sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama dengan UMNO. - HAHAHAHA!
”Kami tidak akan melayan mana-mana tawaran daripada parti politik
di luar pakatan dan kami akan kekal dalam pakatan ini," katanya.
Ketika ditanya, apakah Pas akan bekerjasama dengan UMNO di Perak
jika diminta berbuat oleh pimpinan peringkat Pas pusat, beliau berkata:
”Pas adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang dan perlu
mendapat persetujuan daripada pakatan untuk menimbang sebarang bentuk
kerjasama dengan UMNO."
Beliau turut ditanya kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal
Singh yang mahu pakatan pembangkang menimbang secara serius keanggotaan
Pas dalam pakatan.
”DAP tidak seharusnya meragui Pas kerana parti kita belum
mengadakan sebarang muzakarah dengan UMNO. Muzakarah yang diperkatakan
itu hanya pertemuan biasa atau muqabalah,” katanya.
_____________________________________________________________________________
WOW.
TAWARAN FROM UMNO.
PAS - BETTER GRAB IT BEFORE THE OFFER EXPIRES!
TAIKKK KUCING! AKU NI SAKIT PERUT SEJAK DARI PAGI TAPI AKU TAHAN JUGAK MASUK KELAS BUAT KERJA BLA-BLA BLA.
TAPI BILA AKU BACA AJE PAPER PASAL NI I FEEL SOOO SICK AND RASA NAK MUNTAH!!
SEJAK BILA PULAK UMNO MINAT BEKERJASAMA DEMI EHEM KEPENTINGAN MELAYU?
TIBA-TIBA AJE LEPAS KALAH PILIHANRAYA NAK OFFER PAS ‘BEKERJASAMA’…
SELAMA NI MASA KORANG MENANG ELECTION PERNAH KO AJAK PAS ‘BEKERJASAMA DEMI KEPENTINGAN MELAYU’?
PTTUUUIIII!!!!!
SORRY LA WA PUNYA ENTRY GILA TAKDE KELAS DENGAN MENCARUT N EVERYTHING, TAPI AKU GERAM GILA BACA MENDA NIH!
muahaha…no komen laa this time…sb ambo xberminat psal politk niee..nway,check my new blog ekk
http://alexicob.blogspot.com/
Comment by  F Ĩ 08.03.08 @ 5:03 amPerpaduan melayu, ketuanan melayu, melayu melayu melayu…
My wifey a Dusun and i myself is pissed at this double standard. As if bangsa lain takda kat Malaysia. Dulu terhegeh- hegeh UMNO mintak Cina India join Perikatan untuk dapat Merdeka. Then terhegeh-hegeh minta Sabah Sarwak join Malaya form Malaysia to balance the Chinese from Singapore. Still dok cakap ketuanan Melayulah, perpaduanlah.. bangang…
While the malays are still talking about competing with the local non-malays, other countries have gone forward and compete with other countries not just base purely on race.
Kalau bangsa Melayu bersatu, harga minyak dunia turun ker? Harga beras turun ke? Corruption hilang ke?
Pergilah halau bangsa Cina yang datuk nenek diorang mati diseksa tentera Jepun waktu Malay kena attack dulu. Pergilah halau bangsa India yang menjadi pekerja utama ladang-ladang milik Malaysian GLC sendiri. Pergilah halau Sabahan dan Sarawakian yang kasi their combine oil and balak contribution to Malaysia is worth 2 times more than terengganu.
Nak balik zaman Melaka some say. Orang zaman melaka kahwin campur takder masalah. Ada baba nyonya , mamak et. Bahasa Melayu Melaka campur perkataan Portugis, Arab semua takda masalah. Agama lain bina temple semua takda masalah. Buktinya dalam sejarah tertulis Kota A Famosa dibina dgn meruntuhkan masjid dan kuil-kuil serta bangunan batu di bandar Melaka.
Melayu sekarang nak balik zaman Melaka? Tahu ke orang Melaka perangai punyalah jauh panggang dari api berbanding Melayu sekarang. Sebab tuh mereka maju, bahasa Melayu jadi lingua franca.
Orang melayu… compete dgn bangsa lain taknak. Kalau menang kata champion of the world, first in the world, all bullshit.
Sorylah kasar. But i was brought up in a mix race and religious environment. I was brought up to live in the world, bukan bawah tempurung in a predominant Malay only village somewhere. I was thought to compete with anyone irrespective of race, religion or nationality. I was thought to preserve my identity as a Malay and as a Muslim in a challenging globalised melting pot environment, with no kind of artificial protection that gives me a headstart compared to others.
That is the real test for any person who wants to be a real man living in this world, and not shout from the comfort of your own protective backyard.
Tanyalah student yang belajar luar negeri etc, and they will say how challenging it is over there. Apatah lagi those who stayed and work there. Itu baru real life. Not artificial macam yang ada sekarng.
Semua nak subsidi,nak insentif, nak brg free, nak itu nak ini… bayar taknak, usaha taknak. Hak melayu katanya. Hak melayu ke jadi peminta sedekah? Malunya jadi orang melayu…
I know not all Malays are like this. And some non-Malays also sikap sama macam orang melayu, asyik main isu bangsa, main isu agama etc. In short semua bangsa face similar prob.
Sigh… sorry still mad at all these latest ‘Ketuanan Melayu incident’…..
Comment by bluesyworms 08.13.08 @ 8:36 pmLeave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>