Filed under: Uncategorized
Too many things happened. Secara summary:
- Masa dalam pantang, dapat rumah kuartes UM. Alhamdulillah, rezeki anak ke-2. Packing rumah lama macam nak gila! Terpaksa import adik2 aku and my cousin Syafiq to help sebab aku tengok rumah tu aje aku dah depressed…mana taknya, naik plane dari KB ke KL tiba Rabu malam, hari Sabtu tu dah kena pindah. Nazri kata masa aku pantang kat KB dia dah kemas 80%. Perasan betul….50% pun ntah sampai ke idak. Rumah kuarters ni design lama. Lantai bilik air dia macam dlm citer "Saw" tuh , horror betul lantai mozek… Nyamuk, semut and beruk banyak, biawak, tupai, tikus kucing pun ada. Macam zoo pulak. Tapi takpe, yang penting location location location.
- Terpaksa attend retreat kat Melaka 2 hari walaupun belum habis maternity leave, baik hati tak bertempat betul aku ni.
- Check up mata Adrin. So far still tak urgent to operate, nampak macam tak affect eyesight dia tapi kena monitor selalu and gi hospital.
- Adam kena hantar Tadikum sebab kat rumah dia bising, baby takleh tido. Mujur dia seronok gi tadika, tapi tak tahan kat sana pun byk nyamuk. Habis merah2 kulit Adam.
- Kalau korang gi supermarket Jusco and beratur kat lane "Untuk 8 Barang" sahaja, make sure barang2 korang memang ada tak lebih dari 8 item aje. Kalau barang2 korang ada SEMBILAN, cashier pemalas tu tak akan benarkan korang bayar walaupun takde makhluk lain kat belakang ko.
- Harga minyak naik.
- Anwar dituduh meliwat lagi sekali.
- Pak Lah - nothing has changed (still d**b)
Adrin dah nak masuk 3 bulan. Kesian kecik2 dah demam batuk selsema…Anyway, aku rasa aku dah nampak pattern nama anak-2 aku:
Anak pertama : AHMAD ADAM HAIKAL.
Anak kedua : AHMAD ADRIN.
Anak lelaki : AHMAD.
Anak lelaki keempat bagi nama "AH" aje kot.
Soalan lazim yang ditanya oleh anak aku and sepupu2 dia ialah
"KENAPA KITA TAK BOLEH PEGANG ANJING?"
Banyak kali pulak tuh diorang tanya…
Nak senang citer, aku cakap la "sebab anjing tu kotor".
Anak sedara aku yg 5 tahun tu jawab "la, kalau kotor basuh la bersih-bersih dengan sabun".
Betul jugak.
Tapi aku tak reti nak explain konsep halal haram kat diorang ni.
Anak aku pulak, ada one day last week dia nampak budak2 main kat playground Tesco.
Dia mintak nak main tapi aku tak kasi sebab kotor.
Dia diam aje.
3 minutes later dia kata "mummy, budak2 tu anjing kan?"
Aku mula2 tak paham apa maksud dia, lepas tu baru aku tangkap maksud dia.
Dia samakan budak2 tu dgn anjing sebab main kat tempat kotor.
Aduuuhhh…..Adam…Adam…pot pet pot pet takleh stop mulut dia.
Hari tu dia tanya aku aku whether dah besar nanti baby akan tumbuh taik lalat macam dia n aku, yg dekat sebelah bibir ni.
Pastu hari tu dia menyamar konon-konon dia bibik, dia cakap "ya, buk" masa aku kat dalam bilik.
Macam la aku tak kenal suara dia…
Kurang asam macam bapak dia jugak.
Nazri kata hari tu dia mimpi aku masakkan dia lasagna.
Aku tanya "sedap ke lasagna yg aku buat tu?"
Dia kata "bila I nampak you masak lasagna aje, I dah tau dah I sedang bermimpi…"
SELAMAT PENGANTIN BARU SHAH, SANIRAH AND IZRAI…
HAPPY BIRTHDAY TO ALYA, AFIQ N NAJWA…
Well…best of the best laa ur blog…kalu bagi rating 11 out of 10..weird kan?
Nway,best duk ur new house…especially dkt ngan lrt kerinchi….senang laa nk gi umoh kk da…
huhuhuhuh
Comment by  F Ĩ 07.01.08 @ 2:41 amhihi
Comment by Nik Haryati 07.01.08 @ 7:05 ampatutla aku tgk Ezora petang tadi apsal la familiar sgt nama husband-belum-jadik si Ezora tu, rupa2nya ala2 nama baby ngko. hehehe.
oh, pasal lane ‘8 brg shj’ tu. aku dgn kamal buat pertama kali nya ari tu gi carrefour alamanda — beli brg2 rumah *baru*. so brg2 yg dibeli agak gedabak la seperti periuk nasi, beras, tin milo besar….bla bla bla… confirm 7 brg saje walaupun nampak mcm troli tu penuh. pastu kamal dok bisik2 kat aku ..’makcik kat dpn tu ada 15 brg tu……mana boleh bratur lane ni’ (laki aku pun jenis dajal la jugak kan siap kira makcik tu nyer barang ada berapa haha kesian plak org tua tu). pastu secara tiba2 awek cashier tu dgn lantang nyer menjerit kat kami “BARANG KURANG DARI 10 SHJ! ” sambil dgn berlagak tunjuk signage ‘tidak lebih 10 barang shj’ kat atas kepala dia. haihhhhh!!!!!!!!!! budak ni sukati nak drop our waterface nih…mana boleh jadik!…so dgn spontan kami jawab *together* “ADA 7 BARANG JE LA. YANG NI (sambil tunjuk kat barang2 makcik tu) ADA 15 BARANG”.
Comment by Mye 07.01.08 @ 10:07 amkus smangat makcik tu kena kantoi depan2! ahaks. mujur la cashier tu dah malu ngan kitorang so dia kasik makcik tu lepas - dpt la dia bayar kat lane tu. i was in a way rasa mcm akward jugak la for being such an etiquette b*tch. *whoops!* but hey, org memang beratur panjang tau! enggak fair ginih! <
Family kau boleh buat sitcom lah…. hahahaha!!!
Comment by bluesyworms 07.01.08 @ 10:15 amSapik - sikalang manyak senang woo mau naik LRT ke pergi mid valley ka… Nanti datang buleh kawan sama beruk jugaaa…
Nik - hehehe… “bayaran ansuran penggadai selama 120 tahun” ya? kah kah kah
Mye - Ezora tuh apa? Waaaa kagum aku korang boleh jawab together-gether “ADA 7 BARANG JE LA”, siap boleh kira and point kat barang makcik kat depan tu hahahaha kelakar gila! Kalau aku jadi ko pun aku bengang. Yg aku bengang kat cashier jusco tu sebab time tu memang takde orang, lengang aje tapi dia taknak kira jugak barang aku. Lepas dia buat macam tuh, aku tengok kat dia and cakap kuat-kuat “SABAR JE LAH!” Aku rasa nak aje ambik Tic Tac yg aku nak beli tu and suruh Adam bayar separately, kira ‘aku’ bayar 8 barang, Adam ‘bayar’ satu ngehngehngeh…
Bluesy - kalau berminat nak ambik kitorang berlakon sila hubungi agen saya. Skrg fuel mahal, kerja part time berlakon jadi tukang pegang tombak pun jadilaaa….
Comment by Asnida 07.01.08 @ 8:12 pmEzora tu drama tv3 petang2 lepas balik keje ;P (ko gelakkan je la aku tgk drama, aku tak kisah hahahaha)
Comment by Mye 07.03.08 @ 7:25 amaku baru jupo turkish delight kat kedai dekat rumoh aku. nati la aku wak kelik ko adam. Dok mitok ngan aku sokmo, sie pulok.
Comment by Azyyati 07.06.08 @ 3:25 pmhaha.. funny, funny..
eh nida, sekurang2nye ko rajin gak tulis summary macam ni when too many things happened.. kalau aku, terus jadik malas utk nulis, dan kalau tulis pun, aku tulis pasal topik lain terus.. hampeh je kan..
Comment by Wira Budiman 07.19.08 @ 8:00 amHmm…Tak boleh ke kalau terang secara biase jek. Tapi pening plak budak2 ek. Tp die bleh figure out sket2 rasenye. Ntah le.
Comment by Quwerr 09.01.08 @ 10:13 pmLeave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>