The POYO-est Pick Up Line So Far….
Friday November 28th 2008, 2:36 am
Filed under: Uncategorized

Pada dua minggu yang lepas, saya telah menghantar adik saya ke lapangan terbang Subang kerana beliau ingin pulang ke Kota Bharu menaiki Firefly.

Ketika beliau sedang duduk-duduk sambil bermain handphone, ada seorang lelaki menegur beliau seraya berkata:

“Fuh. Ni first time saya naik kapal terbang orang lain yang bawak. Biasanya saya bawak sendiri.”

Huh?

“Oh.. saya pilot kat TUDM.”

Ooh. OK.

Selepas itu, lelaki itu terus bercerita mengenai kapal terbang dan hal2 sewaktu dengannya.

Cerita-cerita itu sungguh mengelirukan adik saya dan membuat beliau terasa bohjan bohsan. Mungkin dia berpendapat bahawa kerjayanya dicemburui ramai dan semua orang berminat untuk mendengar penerangan  yang tidak diundang mengenai enjin dan sayap mengenai kapal terbang Tentera Udara Malaysia sebagaimana syoknya rakyat Malaysia mendengar penerangan Sheikh Muzaffar mengenai angkasa lepas.

Lelaki itu juga menawarkan diri untuk duduk di sebelah adik saya dalam kapal terbang fokker itu, tetapi adik saya  cuma kata boleh blah la mamat poyo senyum sahaja kerana tidak sampai hati berterus-terang dengan lelaki tersebut.

Ish..ish..ish…

POYO sungguh pick up line dia..Ni mesti tak pernah baca blog saya nih…





     
4 Comments so far

Hi Nida,

Thanks for drop by
hehehhe..best la your blog..so simple
attach dengan Uni mano?

Comment by    Sufee 11.30.08 @ 2:06 am

hey nida thanks for the card
love your blog! adam makes me laugh like mad!
kirim slam to nazri ya!
wassalam

Comment by    bazli 11.30.08 @ 11:35 pm

..wut’s with men in uniform eh?

…aku teringat kisah aku kat balai polis kajang dulu.. siot jer polis tu! aku tgh serabut dgn accident.. dia mintak hp no. aku ajak gi dating pulak.. ngoks! kalau nk byrkan saman aku xpe gak.. :p

Comment by    sue 12.01.08 @ 5:58 pm

sufee i’m attached with UM now
thanks
i want to keep it simple
blog ni just to de-stress je
nothing heavy

thanks bazli
hope u and shara enjoyed the card
really really wish i could be at your wedding uhuk…

sue
men in uniform IS hot okay…
nampak macho and tough (nampak aje la muahahah)

Comment by    asnida 12.03.08 @ 10:16 pm



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

(required)

(required)